Nuffnang Ads

Tuesday, April 7, 2015

NS Parlour: Promosi March

Assalamualaikum...

Ihikss...Mac telah pun berlalu, baru ni la saya sempat nak kongsi cerita mengenai promosi kami di bulan lepas iaitu Body Whitening yang terdiri daripada body scrub dan juga flower and milk bath. Alhamdulillah, pakej ini memang mendapat sambutan. Kebanyakan pelanggan kami akan melakukan bersama body massage. Jadi lengkap la pakej body treatment mereka dengan harga yang sayang berpatutan =)



Selain daripada Body Whitening, kami juga mengadakan promosi bagi pakej Pedicure & Manicure kami. Pakej ini juga laris di pasaran kerana bagi mereka yang sedang "bercuti", sudah tentulah tak dapat nak menikmati milk bath kan? Jadi sudah tentulah pakej ini yang menjadi rebutan hehe


Memandangkan spa kami yang berkonsepkan "kekeluargaan", sudah semestinya kami menyediakan sesuatu yang istimewa untuk anak-anak gadis kita yang comel-comel tu...Bersempena cuti sekolah di bulan Mac, kami turut mengadakan promosi Kids Spa, khas untuk kanak-kanak. Kami turut berasa gembira kerana ramai ibu-ibu yang membawa anak gadis mereka untuk menikmati mother-daughter spa day ketika cuti sekolah tempoh hari. Sungguh bahagia hehe


Bukan mak je yang dapat memanjakan diri dari hujung rambut sampai hujung kaki...anak-anak pun dapat menikmatinya juga. Senyuman dan kegembiraan di setiap riak wajah anak-anak gadis yang datang memang tak dapat nak digambarkan....kami pun turut berasa gembira =)

Alhamdulillah, syukur pada mereka yang sudi datang =) Bagi yang tak berkesempatan nak datang bulan lepas, jangan risau kerana bulan ini kami ada menyediakan pakej yang lebih menarik untuk anda =)

xoxo,

Najah =)
017.305.6158


Friday, March 27, 2015

It's Make Over Timeeee...!!!

Assalamualaikum.....

Ada yang tanya saya...buat apa kat spa hari-hari? Setiap hari sibuk dengan pelanggan ke? Hehehe ada hari memang full house, ada hari sempatlah lagi kami nak main-main =) Kalau asyik kerja jer mestilah bosan kan...

Haa ni lah kisah main-main make up kami hari tu hehehe


Mula-mula kita try kat muka Lilis dulu hehehe cantik tak? Lain kan muka dia?Siap setkan rambut, memang tak tahan haha seronok tau main-main make over ni...yela, sambil-sambil perasan make up muka, boleh lah diperbetulkan step dan skill yang kita ada. Takkan lah nak tunggu muka customer baru nak baiki kesalahan kan? Bila kat diri sendiri, banyak yang kita boleh cuba & eksperiment kan hahaha

Inilah dia transformasi Lilis hehe

Bila Lilis dah setel. tumpuan beralih lah kat saya plak...ayooo!!! takde tempat dah nak lari ni. Saya ni memang jenis malas nak make up semua ni haha selalunya simple je. Kalau boleh tudung tu pun malas nak belit-belit, sarung je senang hehe tapi kali ni kita layan jela permintaan diorang ni hehe

Taraaaa.!!! Ni lah hasilnya hehe bukan diorang je,
saya pun rasa lainnyer la hai muka aku ni hahaha

Lepas dah setel main make up - make up, kena rushing balik ambil Alya plak sebab nak hantar dia gi kelas KUMON. Tak sempat masuk kete lagi Alya dah tengok semacam je kat muka Ummi dia haha tajam tak tajam mata si Alya tu hehehe memang kelakar sangat tengok  reaction dia =)

Sempat lagi tu nak berselfie dalam kereta hehehe

Alya request, lepas abis KUMON boleh tak kita pergi kedai Ummi? Ingatkan nak buat apa...rupanya dia pun nak main-main make up gak hahahahaha siap merayu lagi pleassseeeeeeee Ummi. Tak sampai hati la pulak rasa hehe jadi lepas KUMON, terus ke kedai balik.

Comel tak?? Lain kan muka Alya? hihi

Kalau korang nak tau, Alya ni memang suka berhias make up ni. Ummi dia je yang tak berapa rajin nak layan sebab Ummi ni nak make up pun tak reti hahaha dia punya la suka dengan make up dia sampai cakap. Boleh tak malam nanti Alya mandi tak basuh muka? Bila tanya kenapa? Dia jawab sebab tak nak make up dia ruined huhu punya la sayang kan....hihi

Lepas tu bila dah sampai rumah, Putri pun tegur lah muka Alya ada make up. Putri pun nak jugak...adoii, letih dah Maklong ni nak ulang alik dua tiga kali Putri ooiii hehehe pastu Alya jawab, tak pe Putri..meh Alya buatkan untuk Putri =) Nak tengok hasilnyer tak??? Hahahaha

Haaa tengok tu! Macam mana Alya go through kat tadi,
macam tu la dia buat balik kat Putri

Budak-budak memang cepat tangkap kan? Betulkan orang tua-tua cakap, budak ni memang tak pandai nak bohong. Apa dia nampak, apa dia dengar...semua dia ikut. Alya siap pesan kat Putri, Putri jangan pejam mata kuat sangat. relax je. Macam biasa je hahaha sebijik kot macam Ummi dok pesan kat dia masa kat kedai tadi hahaha

Taadaaaaa.....!!!
Ni lah dia Putri Aisya Nazira =)
Solekan: Alya Adriana
Hahahahahaha

Ummi tolong tambahkan accessories sikit kat Putri
untuk menyerlahkan lagi hasil make up Alya tu hehehe
Itulah dia kisah main-main kami di spa, sambung plak main-main kat rumah hehehe hidup ni kalau asyik seriuos je...asyik kerja je...memang la bosan dan stress kan. Jadi, pandai-pandai lah bahagikan masa dan diri anda agar kita akan rasa lebih bahagia =)

Oppss...terlupa plak, make up yang Alya guna ni memang yang mainan punya tau. Kebetulan aritu de dia beli masa gi downtown kat Jalan Reko tu dengan Abi dia haha tapi jadi cantiklah jugak kan...hahaha

xoxo,

Najah =)
017.305.6158

Wednesday, March 25, 2015

"Lunch Date" dengan Alya di Italiannies, Alamanda

Assalamualaikum....

Antara kelebihan apabila menjadi SAHM, WAHM atau menjalankan perniagaan sendiri adalah fleksibiliti mata. Jadi kita boleh susun jadual kerja supaya dapat kita selitkan aktiviti bersama anak-anak. Tidak semestinya perlu tunggu hujung minggu atau pada cuti sekolah sahaja. Dan tak semestinya aktiviti dengan anak itu perlu untuk dibawa bercuti je. Macam-macam yang kita boleh buat dengan mereka walau sekadar untuk keluar makan =)

Image result for girls day out
Pada Jumaat lepas, saya dan Alya menjalankan aktiviti girls day out kami =) Hanya kami berdua je. Bukan ke mana pun, sekadar lunch di Italiannies dan juga membeli barang keperluan di AEON Big, Alamanda hehe

Jadi, saya nak kongsi la sikit pengalaman lunch date kami hari tu....

Bila dah sampai Alamanda, saya tanya la Alya nak makan apa? Seperti yang saya jangka, mesti dia akan jawab dia nak makan macaroni & cheese. Ni kira makanan kegemaran dia lah. Tapi macaroni & cheese dia ni unik sket sebab alfredo dan carbonara pun dia panggil macaroni & cheese gak hahaha selamatlah kan...janji yang color putih atau yang nampak creamy tu kira betol la tu hehe

Since it's a "lunch date", Ummi pun pilih la tempat yang best sikit, kononlah...padahal Alya dah warning awal-awal yang dia takmo makan kan food court huhu demanding betol anak dara sorang ni hehe jalan punya jalan, nampak Italiannies...so, boleh jela kan...

Menarik jugak Quick Lunch Promo ni =)
Ummi pun lapar jugak ni hehe

Sebelum masuk, kami dah ternampak iklan ni di luar. Menarik jugak! Mana taknya, dengan hanya RM18.90++ lepas dah tu untuk Ummi & Alya. Memang jimat la kan. Kalau makan kat food court pun lebih kurang ni gak. Kot-kot lebih dengan air la sme kan...

Jadi bila masuk kami pun order mana-mana yang masuk kategori untuk dapatkan Kid's Eat Free tu hehe belek punya belek kami pun decide la masing-masing nak makan apa jadi ni lah hasilnya....


Mula-mula diorang hantar roti ni. Bolehlah kita kunyah-kunyah dulu kan sementara makanan kita nak sampai. Sedap roti ni, terutama yang belakang tu. saya suka sangat. Dia macam ada letak herbs sikit kot dalam roti tu...entahlah, memang tak reti nak komen sebab memang tak pandai pun buat roti hahaha yang pasti sedap la... =)


Baru makan sekeping roti, starter Ummi dah sampai. Dia boleh pilih samada nak salad atau sup. Saya pilih salad sebab memang dah set dalam kepala otak nak makan salad arini hehe konon untuk kesihatan la kan ngeee (^_^)


Haaa ni lah dia main course yang Ummi pilih, chicken parmigiana apa ntah hahaha tak ingat nama dia hehe memang kenyang sangat perut sampai tak leh nak habiskan. Tapi ku gagahkan jua...sebab cam membazir la plak. Patut amik main course je 1 kan. Tak yah nak salad segala bagai hehe ni lah akibatnya bila pesan makanan di kala perut tengah kelaparan huhu


Ni la so called Alya nyer mac & cheese =) Memang sedap spaghetti alfredo ni. Dia nyer creamy tu...memang kembang la jugak pipi Ummi ni nak telan haha tapi tengok Alya layan je makan, kena la tuh dengan tekak dia rasanya tu...okaylah, janji Alya kenyang & happy dapat dating dengan Ummi hari ni hehehe


Tu la dia kisahnya lunch date kami..dengan kos RM21.90, perut kami sampai macam nak pecah....dapat borak-borak & catch up dengan Alya. Siap bergosip lagi, tu yang tak tahan tu haha macam-macam princess Ummi sorang ni hehe pengalaman yang kecik-kecik macam ni yang akan kami ingat & cherish sampai bila-bila insyaAllah =)

xoxo,

Najah =)
017.305.6158

Tuesday, March 24, 2015

Jalan Jalan Cuti Sekolah

Assalamualaikum....

Cuti kali ni kitorang takde gi mana sangat. Since dah lama tak balik Gurun so kitorang decide nak ikut Abi balik lepas dia habis kerja kat sini aritu.Abi pun happy la sebab masa datang single, balik full house hahaha hari Khamis (Alya ponteng Jumaat hehe) lepas Abi abis kerja kitorang pun balik ke Gurun.

Kali ni kitorang wat rombongan Cik Mael naik flight. Cepat sket sampaikan. Kebetulan dapat tiket murah. Kitorang naik Malindo Air dari KLIA2 ke Penang International Airport =) Murah tu berapa? Tiket untuk 3 orang (Ummi, Alya & Ammar) baru RM120, all inclusive dah....haaa murahkan? harga cam naik bas je =) cepat pun cepat...jimat masa, tenaga & duit hehehe

Abi & the clan hehehe

Flight ni best gak tau sebab seat dia pun lapang, selesa, ada monitor. Jadi budak-budak pun ada la benda yang nak lekakan diorang sekejap. Cuma perlu bawak earphone je untuk kita layan movie nanti hehe Ammar jela yang tak berapa nak boleh appreciate sangat sebab dia kecik lagi, Bila duduk tak nampak apa gambar kat screen tu so dia sibuk nak berdiri huhu Ummi & Abi plak yang dok sakit jantung takut dia tersembam ke pape...biasala Ammar kan hehehe

Flight kami hari tu delay dekat sejam la jugak sebab ada masalah technical. Tayar pancit ke apa ntah dia cakap. Nasiblah kat KLIA2 ada free WIFI, terpaksa lah hulur telefon sorang satu nak sebab dah letih nak berkejaran dengan diorang huhu Alhamdulillah kami survive hahaha

Bila dah sampai Penang, perut masing-masing pun dah lapar. Maklumla, masa dah lari kan. Dok pikir nak makan apa? Makan kat mana? Yela, bila badan dah penat, rasa malas nak merayap cari makan. Kalau boleh nak yang senang je. Sambil drive balik..dah nak dekat dengan area Permatang Pauh teringat kat kedai DE PAUH GARDEN. Terus ajak Abi makan kat sini.

Apa yang best kat sini? Dia ada banyak pilihan. Dari makanan yang goreng-goreng, western food, burger bakar, kambing golek, satay, nasi ayam...macam-macam la. Memang dapat nak cater perut yang macam-macam.

Jadi kami pun mulalah untuk order hehehe macam biasa, Abi dengan tomyamnya....Alya nak nasi ayamnya...Ummi plak cam teringan sataynya...Ammar je tak order sebab dia tidur. Ammar tak kisah, dia bley je kongsi nasi ayam dengan Alya nanti. Satay pun dia suka so takde masalah. Tunggu tak lama makanan pun mulai sampai hahahaha....

Tudia...tomyam, telur bungkus & kailan ikan masin hahaha

Nasi ayam Alya nampak sipi-sipi je, Ummi dah kebulur, nak
ambil gambar pun malas je dah rasa hahaha

Hahahaha penuh semeja makanan yang dipesan. Tu la lenkali tak boleh pergi makan masa lapar sangat. Macam ni lah jadinya hahahaha

Nyuummm...sedap tau satay perut ni.
Haaa...biasa satay perut guna perut yang carpet tu kan?
Ni dia guna perut yang panjang tu. Lembut je...
Memang best la! =)

Ni la lai chi kang Ummi hehehe tapi kena minta
air kosong 1 sebab agak manis sikit untuk tekak Ummi

Bila perut dah kenyang, mata pun dah tak larat nak bukak...macam mana pun kena gerak balik rumah jugak huhu tapi memang puas hati la kan...sampai je rumah, mandi solat semua terus kedebuuummmm...mengeroh la masing-masing hahahaha

Abi gi kerja, kami lepak kat rumah je hehe

Hari Sabtu kami decide nak balik rumah Tok kat Perlis. Walaupun tau yang Tok ada kat Putrajaya. Saje je sebab nak makan mentarang gak. Dah lama tak balik jenguk kampung. Sebelum balik kitorang singgah makan dulu hehe tak habis-habis dengan makan kan? =) Kat Gurun ni ada la beberapa hot spot yang saya memang tak boleh miss untuk singgah setiap kali balik ke sini =) Ni salah satu la hehe...

Nyuummm gearbox yang paling murah kat Malaysia =)
Kalau tak silap dalam RM9 kot Abi bagitau aritu huhu

Bila perut dah kenyang, baru la boleh balik Perlis dengan senang hati hehehe tapi kitorang singgah pejabat pos jap. Abi renew lesen memandu. Macam biasalah, saya mestilah tertidur dalam kereta haha maklumlah perut dah sendat kan?? hehehe sedar-sedar je Abi berhenti. Ingatkan dah sampai rupanya dia berhenti kat RTC Kedah. Ingat dia nak renew roadtax dia, rupanya nak gi tengok orang dok jual barang-barang murah hahaha sabor jela...

Sambil Abi dengan Alya pergi renew lesen,
Ummi dengan Ammar main-main selfie dalam kereta =)

Sesampai je rumah Tok tengok Pak Ngah ada. Apa lagi, terus ajak Pak Ngah pergi Kuala Perlis untuk dinner hahaha semangat tak?? Bukan nak tanya khabar ke pape dulu kan? hahaha teruk betul perangai huhu

On the way ke Kuala Perlis

Huhu maaflah yer...kalau kat sini memang tak sempat
nak ambil gambar dulu sebelum makan hehe
Jadi selepas makan la kita ambil =)

Tu saya dah tolong label dah apa yang kitorang order
& melantak malam tu. Malangnya sotong goreng tepung dah
licin dah sampai pinggan pun dah letak tepi hehe jadi ganti dengan
simbol pun boleh lah ek?? Hehehe

Lepas dah kenyang makan, kitorang jalan-jalan kat dia nyer night bazaar seberang jalan. Takde nak beli pape pun, saje je cuci mata. Maklumlah perut dah kenyang jadi xde nafsu la dah membeli hehe tetiba nampak orang dok naik kereta kuda. Abi pun tanyalah rate berapa...rupanya murah je. Dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Jadi, naiklah kami seisi keluarga hihi

Muka sapa yang terlebih excited?
Anak-anak ke mak ayah? Hahahaha

Ala...dia punya pusingan tu takdelah jauh mana pun. Okaylah dengan RM5 tu. Lagipun kalau jauh-jauh sangat, kesian pulak kat kuda-kuda ni. Tengok tu? Nampak tulang je dah kuda-kuda pun huhuh

Nak gambar kenangan dengan horse katanya...tapi
muka horse tak nampak la pulak hahaha

Keesokannya kami semua brunch di Anjung Keli, ni pun salah satu port wajib la jugak setiap kali balik ke Perlis =) Kalau nak tau lebih lanjut mengenai tempat-tempat makan menarik di Perlis, boleh rujuk pada entry saya yang terdahulu, Jalan Jalan Cari Makan: Perlis

Haa...tu la dia perjalanan kami yang singkat. Tak puas rasanya sebab banyak lagi tempat yang tak sempat nak pergi. Takpelah, ada rezeki kita balik lagi nanti =)

xoxo,

Najah =)
017.305.6158




Monday, March 23, 2015

NS Parlour :: Spa Packages

Assalamualaikum...

Salam Hari Isnin =)
Saya harap korang semua pun ceria di pagi Isnin ni hehe maklum la, Monday blues la katakan hehe
Macam mana perasaan korang di pagi hari ni la yang akan mempengaruhi hari korang hari ni. Jadi, ceria-ceria la selalu dan senyum la selalu agar aura positif akan sentiasa berada disekeliling korang =)
Ecehh!! Dah macam pakar motivasi plak kan hahaha tapi yang tak bertauliah la kihkihkih....

Okay...okay...back to bisnes hehe =)
Hari ni saya nak kongsi antara package yang kami tawarkan....mana lah tau kan kalau korang rasa nak lepak lama sket kat spa, jadi boleh la rujuk kat pakej-pakej yang ada kami tawarkan ni =)


Seperti yang korang sedia maklum, kami menyediakan servis dari hujung rambut, sampai ke hujung kakai. Kira one stop center la...tak payah korang nak pergi 2-3 tempat untuk nak memanja dan mencantikkan diri korang =)

Cantik ni sebenarnya subjektif tau...janganlah tanam kat kepala yang cantik tu adalah seperti Fazura, Maya Karin atau retis-retis yang lain tu....hehehe cantik tu adalah apabila kita hargai diri kita...kita jaga diri kita...kita berpuas hati dengan keadaan diri kita...

InsyaAllah kita punya confidence level kita akan meningkat dan kita akan berasa lebih yakin dengan diri kita dan kita lah orang yang paling cantik =) Jadi, jangan lah nak bandingkan diri kita dengan orang lain sebab masing-masing cantik dengan cara kita sendiri =)

Ini adalah Special Package yang ditawarkan
Ada yang ekonomi dan ada juga yang complete
Jadi, boleh la pilih mengikut hati masing-masing =)

Ini pula pakej untuk bakal pengantin.
Penting tau untuk bakal pengantin untuk menenangkan diri, relax, buang
kulit-kulit mati, barulah nanti seri pengantin tu akan menyerlah sebab kita
dalam keadaan yang tenang, gembira & bersedia =)

Bagi mereka yang nak focus pada bahagian-bahagian tertentu, bolehla
mengambil pakej ini sebab harganya tentulah lebih berbaloi-baloi =)

Bagi ibu-ibu atau bapa-bapa yang pening kepala pikir nak adakan party untuk anak-anak. Bolehlah buat something different dengan mengadakan spa party =) konfem "princess-princess" yang datang semua happy dan berpuas hati =) Rumah pun tak bersepah, jadi mak-mak tak pening kepala hehe


Ala..kakak-kakak jangan lah sedih sebab spa party ni bukan untuk kanak-kanak je, untuk kakak-kakak pun ada jugak =) tak semestinya nak tunggu birthday je baru bley buat party tau. Kalau saja-saja nak lepak sambil bergosip dengan kengkawan pun boleh...takde masalah =)


InsyaAllah...kami akan cuba untuk memberi servis yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kesayangan kami =)

xoxo,

Najah =)
017.305.6158

Sunday, March 22, 2015

NS Parlour :: Spa Menu

Mesti ada yang tertanya-tanya kan...apa je yang ada kat NS Parlour tu ahaha nak call segan, nak pergi semata-mata nak tanya cam malas...jadi meh la saya share kat sini. Senang kan? Korang boleh terus belek-belek, kalau ada yang berkenan boleh terus zaasss....call saya untuk appointment hehe

Spa Menu #1

Spa Menu #2

Haaa...pendek kata NS Parlour ni adalah one stop centre untuk kita para wanita...tak kira la, yang bujang, dah berkahwin, dah beranak...malah yang dah bercucu pun, insyaAllah ada rawatan yang bersesuaian dengan anda.

Anda tak perlu risau kerana spa kami ni untuk WANITA SAHAJA =) ni la tempatnya untuk anda berehat, tenangkan fikiran dan mencantikkan diri. Ingat yer, kita lakukan semua ini untuk diri kita sendiri...untuk kesihatan dan keselesaan kita. Sebagai BONUS, suami pun pasti teruja =)

Selain daripada apa yang tertera di atas, kami juga menyediakan servis untuk kanak-kanak yang dipanggil Kids Spa. Kids Spa ni adalah untuk kanak-kanak berusia 3 - 12 tahun. Jadi bagi mereka yang ada anak kecil tu...boleh la bawak ke sini. Boleh lah jadikan sebagai mother - daughter bonding time =) pasti anak-anak anda suka dan dia akan ingat kenangan ni sampai bila-bila, insyaAllah =)


Haaa...menarik tak kids spa ni? Siapa kata orang dewasa je yang stress? Kanak-kanak pun stress jugak. Cuma diorang tak pandai nak cakap. Jadi, sekali sekala bawaklah mereka untuk merehatkan diri. Pasti ibu-ibu nampak perbezaan bila anak-anak kurang stress =)

Tak caya?? Cer cuba try test hehehe....

xoxo,

Najah =)
017.305.6158
019.676.8776


Saturday, March 21, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti persekolahan dan sampai ke penghujung dah ni...mesti muka dah monyok balik dah budak-budak sme ye hehe sama la macam Alya, dah dok kira hari je bila nak kena ke sekolah balik =)

Tapi syukur Alhamdulillah, sempat jugaklah luangkan masa dengan dia semasa cuti sekolah ni. Takdelah dia bosan sangat lepak kat rumah je dengan bibik & adik Ammar hehe

Dalam dok pikir-pikir apa lah yang nak buat dengan Alya ni, tetiba teringat yang kat IOI City Mall, Putrajaya ni ada ice skating rink. Alya tak pernah lagi cuba...mesti dia suka sebab selalu tengok dalam TV je kan? Ni dia bley cuba sendiri...bila bagitau dia, punya la dia excited hahaha sampai tak dan-dan (bahasa utara untuk tak nyempat-nyempat hihi) dah Ummi ni nak bersiap hehe

Haaa nampak tak muka keterujaan masing-masing

Nasib la aunty su dia ada, bley la tolong bawakkan kereta. Kalau macam ni gayanya, memang tak gerak la kereta Ummi....semua sibuk nak duduk atas Ummi...macam mana nak drive hahaha

Dah sampai IOI City Mall, misi mencari ice rink dimulakan. Maklumla, Ummi pun tak pernah pergi lagi skating rink ni. Puas la gak berjalan dari hujung ke hujung sambil dukung Ammar hehe Alya pun dah start complain penat la, itu la, ini la...nak buat macam mana...mall ni besar nak ooiii....kita plak gi parking kat hujung dunia nu haa...hahaha....

Akhirnya, Alhamdulillah berjaya gak sampai hehe dah setel bayar untuk tiket. laju je dia nak ambil kasut sebab dah tak sabar dah ni. Disebabkan Ammar ada, terpaksalah Alya skate dengan aunty su dia je. Nanti sapa plak yang nak tengok si Ammar ni. Ammar kecik lagi, tak bley nak skate sebab kasut pun takde size hahaha

Haaa....1st time ni jejak kaki atas ais hahaha
Tapi muka maintain confident hehe

Sama naik je Alya dengan aunty su hahaha
Dua-dua bergayut kat pinggir rink sebab dua-dua
1st timer hehehe

Alhamdulillah, dengan gigihnya...berjaya diorang
pusing 1 round hehe masuk 2nd round memang nampak
yang diorang dah lebih confident. Alya pun tak nak
dah skate kat tepi sangat, nak ajak ke tengah sikit hehe

Haaa muka puas hati sebab dah boleh skate =)
Terus cakap, Ummi nanti kita datang lagi ye?
I'm superrr excitinggg!!! Hahaha

Ni la gambar kenangan Alya dengan aunty su dia =)
Aunty su pun print gak 1 copy sebab happy dapat skate dengan Alya
Ummi jela yang takde gambar hahaha tapi Ummi pun dapat
gak merasa skate, tukar syif dengan Nawar sebab dia dah penat hahaha

Seronok sangat Alya dapat skate. Dia cakap macam ice princess je hehe tapi kena lebih practice. Bila tanya nak pergi belajar tak? Tak nak plak dia haha macam-macam Alya ni. Ummi kesian kat Ammar sebab tak dapat skate tapi dia lagi seronok sebab dapat berlari-lari lat luar rink tu. Pastu abis perhiasan orang dia cabut hahaha dia kata ball. Nasib la diorang tak marah...layankan ajer hehe

Lepas dah penat skating, apa lagi...lapooorrr le memasing kan? Tanya la Alya dia nak makan apa? Sebelum Alya jawab Ummi dah tau dah apa dia nak makan hehe apalagi kalau bukan macaroni & cheese dia tu. Sebab dah penat, diorang pun dah tak larat nak jalan jauh...tetiba terserempak dengan Kenny Rogers =) apa lagi...masuk jela. Order lah mac & cheese untuk Alya. Ummi pau sket-sket je sebab tekak melayu ni nak cari nasi jugak huhu

Ni lah dia mac & cheese Alya =)

Jadi secara keseluruhan, hari ni Alya puas hati sebab dapat keluar rumah, main ice skating & pegi makan  favorite food dia hehe Alhamdulillah...when the kids are happy...Ummi is more than happy =)

xoxo,

Najah =)
019.676.8776