Nuffnang Ads

Wednesday, February 27, 2013

Breast Feeding Set (Set B)

Breast feeding set Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak. Hari ini saya akan memperkenalkan Set B, iaitu set budget untuk breast feeding. Mari kita lihat apakah vitamin-vitamin yang terdapat di dalam Set B dan juga kebaikannya kepada ibu-ibu yang menyusu.

Breast Feeding Set (Set B)




B Complex
Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah, dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru, vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B Complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan. Maka sesuai dengan namanya "B" for beauty.


Vitamin C
Membantu mempertingkatkan sistem imun badan dan sangat penting untuk pembentukan kolagen. Bertindak sebagai antioksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.


Vitalea
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vitalea adalah multivitamin dan multimineral yang mengandungi 23 vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa kekal cergas, sihat dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.


Alfalfa
Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai MILK BOOSTER dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Namun harus diingatkan bahawa konsep utama penyusuan adalah SUPPLY vs DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap yang mungkin (2-3 jam sekali) untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, di mana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L bagi menjayakan proses penyusuan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri daripada air. Jika ibu tidak minum banyak air, mana mungkin banyak susu dapat dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita. Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan sebaik-baik Pemberi. Bagi Muslim, banyakkanlah berdoa dan berzikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyusuan kita akan berjalan lancar. (Credits)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

xoxo,

Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776