Nuffnang Ads

Friday, March 22, 2013

Kenali Warna Urin Anda

Saya pasti ramai yang terkejut apabila melihat warna urinnya berubah apabila mengambil supplement dari Shaklee, terutama yang mengadungi B Complex. Tidak usah risau kerana saya pun mempunyai reaction yang sama juga ketika saya mula-mula mengambil B Complex dulu hehe jadi, mari kita sama-sama kenali warna urin kita...


“Urin saya warna kuning macam B-Complex”

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

  • KUNING PUCAT - warna urin normal
  • KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
  • KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
  • KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
  • OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
  • KERUH - jangkitan saluran kencing / kencing kotor (UTI)
  • KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
  • KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.
Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Credit: http://vitaminsemulajadi.com/warna-urin-dan-vitamin-shaklee/


xoxo,

Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776