Nuffnang Ads

Sunday, March 31, 2013

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Dengan kerap



Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi
  • Memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara
  • Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu
  • Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya
  • Jangan gunakan puting kosong
  • Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu
  • Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan  risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana memberi susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang memberi susu botol


Bagi ibu bekerja
  • Susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti
  • Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu. Kajian menunjukkan “double pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin
  • Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali
  • Tenangkan fikiran
  • Semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi (tandem nursing). Pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan
  • Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu


Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu
  • Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara efektif
  • Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting
  • Melancarkan pengaliran susu


Posisi ibu yang betul : Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika diperlukan


Posisi bayi yang betul
  • Badan bayi selari
  • Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi
  • Bayi diampu sepenuhnya- kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir
  • Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara


Cara Pelekapan yang betul



Pelekapan yang betul

  
     
Pelekapan yang salah

Mulut bayi terbuka luasMulut bayi tidak terbuka luas
Bibir bawah melangkup  keluarBibir bawah tertarik ke dalam
Dagu bayi menyentuh payudaraDagu bayi jauh daripada payudara
Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi (asymetrical latch)Lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi (atau sama bahagian atas dan bawah)

Last but not least...sedikit kata-kata semangat untuk ibu-ibu menyusu di luar sana hehe (^_*)




xoxo,

Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776