Nuffnang Ads

Thursday, July 18, 2013

Tips Cara Makan Untuk Kekal Langsing

Assalamualaikum...

Siapa yang tak suka makan kan? Terutamanya kalau masakan ibu...betul tak? Rasa cam tak cukup je nasi seperiuk tu makan huhu tapi kena la beringat gak tiap kali makan, jangan lah makan sampai memudaratkan diri plak kan sebab banyak penyakit berpunca daripada makanan yang kita makan. Jadi, makanlah dengan bijak supaya kita mendapat manfaatnya hehe...hari ni mari kita baca cara mkn yang betul untuk kekal langsing:

Makan dengan kerap. Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya. Jadi pilihan anda utk mencuba ESP or Cinch Shaklee..memang tepat..tu makanan tambahan protein yang sangat bestt..

Rendah kalori, rendah lemak. Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Waktu terbaik untuk minum air. Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Waktu yang dicadangkan adalah awal pagi selepas bangun tidur, 30min sebelum waktu makan, sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan.

Okey..sekian tips untuk hari ini.. Semoga hari ini membawa seribu kebahagiaan dan rahmat buat kita semua..

Source: www.mamafaiz.com

xoxo,

Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776