Nuffnang Ads

Sunday, July 14, 2013

Tips Menyusu Di Bulan Puasa

Assalamualaikum...

Even though kita baru je 4 hari berpuasa tapi banyak yang Najah terbaca mommies kat luar sana yang mengeluh supply susu untuk anak masing-masing drop...so sini Najah nak share la sket tips menyusu ketika berpuasa dari our lovely Kak Cery hehe...tips yang sangat simple tapi I'm sure susah nak handle...JANGAN STRESS!!!...

Ibu-ibu menyusu yang sedang menjalani ibadat puasa amat tidak digalakkan berada dalam keadaan STRESS…kenapa? Ini kerana penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan oleh ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stress yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa..Apa yang ibu-ibu boleh buat yer?..Peluk lah suami dan anak anda....Tips ini bukan sekadar untuk ibu-ibu menyusu tetapi untuk semua suami isteri dalam menangani stress harian…

Tahukah anda dengan memeluk anak dan isteri / suami anda setiap hari..emosi anda akan menjadi lebih stabil dari biasa..kestabilan ini jika dijadikan rutin harian mampu menepis segala tekanan di tempat kerja mahupun tekanan-tekanan lain..pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan, gurau senda antara suami dan isteri juga menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah...sepanjang berpuasa ni Najah bersyukur sangat sebab dapat berada di sisi suami dan anak-anak, not like previous years where Najah and Alya kt KL and hubby kt Kedah...Alhamdulillah, mungkin nih rezeki yang Allah bagi sejak lahirnya Ammar Rizki..hehe memang sesuai dengan namanya kan...on top of that, breastfeeding Ammar pun berjalan seperti biasa...syukur sangat tak ada masalah pape...sampai kadang-kadang boleh basah baju...rasa sayang pulak susu tuh huhu maybe sebab tak stress kot..bak kata Kak Cery hehe...selain daripada tu memang Najah amalkan Set Mighty 3 Gems (ESP, Meal Shakes & Performance Drink) and minum banyak air dari waktu berbuka ke waktu sahur, makan banyak tu dah memang sinonim la dah kan ahaha...bak kata hubby, tukang perabih periuk nasi huhu...di samping tu tak lupa doa yang berpanjangan pada Yang Maha Esa supaya urusan sentiasa dipermudahkan dan bekalan susu sentiasa mencukupi untuk Ammar Rizki...moga rezeki Ammar Rizki sentiasa di rahmati Allah... =)

So to all mommies out there...DON'T STRESS okay...berdoalah pada Allah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan anda dan teruskan berusaha demi anak tercinta...

xoxo,

Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776