Nuffnang Ads

Friday, February 14, 2014

Doa Membanyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum....

Apa kabar mommies semua? Rasanya lama sudah saya tak berkongsi mengenai penyusuan kan? Tetiba harini, setelah lebih setahun saya menyusukan anak saya Ammar Rizqi dan masih merasai "let down"...terasa betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa, maka saya ingin berkongsi sedikit dengan mommies semua...

Selain daripada supplements yang memang saya amalkan untuk penyusuan anak saya...ada juga beberapa doa yang diamalkan..tips ini pun saya dapat daripada Kak Cery dulu. Jadi, apa salahnya kita berkongsikan...usaha sedaya upaya kita dan sesungguhnya, hanya padaNYA lah kita memohon pertolongan.

Bagi yang ada membeli Set Penyusuan daripada saya...mohon maaf andai saya tidak bertanya kabar dengan lebih kerap...maklumlah..saya ni memang pelupa jugak orangnya...jadi jangan lah berkecil hati ye...kerana saya sentiasa mendoakan anda juga berjaya menyusukan anak anda dengan cemerlang =) Bagi yang baru sahaja membeli...bersabarlah yea...ada yang baru 2-3 hari dah nampak hasil dan ada yang 2-3 minggu baru nak nampak hasil...jadi kuncinya...SABAR.... =)


" Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN "

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimanapun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan Surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Semoga amalan-amalan rohani ni dapat diamalkan dan bermanafaat buat semua...thank you so much pada Kak Cery yang sudi berkongsi..

xoxo,

Najah
019.676.8776