Nuffnang Ads

Friday, February 14, 2014

Kuasa Minda & Stress

Entry hari ini saya nak berkongsi salah satu faktor yang juga membantu penyusuan...especially untuk mereka yang bekerjaya dan mereka yang sering mengadu keletihan...stress...badan tak cukup rehat...susu sedikit...rasa nak give up...apatah lagi yang kerja kat ofis...huhu dan kenapa hasil perahan ibu-ibu lain begitu lumayan...bagaimana yang dah berjaya melakukannya? Mustahil? Mari kita baca bagaimana ibu-ibu boleh apply kuasa minda bawah sedar ni...Thanks to Pn Norita yang sudi berkongsi..

Gelombang Otak juga memainkan peranan
Dulu ibu pun tak tahu mengenai perkara ini namun setelah mendapat melalui pembacaan dan penerangan dari beberapa teman yang expert maka barulah ibu tahu betapa pentingnya peranan gelombang otak dengan penghasilan susu ibu. Ibu sendiri membuat kajian dan mendapati apabila seseorang ibu itu menyusukan anaknya secara langsung dan dalam keadaan hatinya tenang maka gelombang otaknya mungkin berada pada fasa Alfa iaitu jenis gelombang yang frekuensinya sedikit lebih lambat dibandingkan beta, iaitu 8-12 Hz. Alfa berhubungan dengan keadaan pemikiran yang tenang dan sangat santai. Maka penyusuan secara langsung sangat hebat untuk banyakkan susu ibu. Ini kerana si ibu dapat menatap wajah si manja sambil membelai lembut rambut dan kulit bayi yang dipangku.

Bagaimana dengan si ibu yang bekerjaya dan perlu membuat sesi perahan pada siang hari?
Si ibu digalakkan menatap gambar wajah si kecil dengan penuh kasih sayang demi memastikan gelombang Alfa tercapai. Namun perkara ini adakala sangat mustahil terutama jika si ibu itu mempunyai banyak workload yang perlu disiapkan maka otaknya tadi pasti berada dalam gelombang Beta iaitu gelombang otak yang frekuensinya sangat tinggi. Biasanya dalam keadaan ini otak kita terlalu banyak berfikir dalam satu masa....mana nak kejar waktu opis, runsing kalau bos marah sebab pergi memerah, teringatkan rumah yang berselerak, terkenangkan gelagat rakan sekerja yang suka memperleceh.... malah banyak lagi. Bila si ibu berada dalam gelombang ini, maka penghasilan susu akan sedikit terganggu. Jadi bagaimana nak capai gelombang Alfa?? Bagaimana jika si ibu yang tenang sambil membuat perahan...membuat sesi perahan sambil mendengar ayat-ayat suci Al Quran, mendengar lagu yang disukai serta membaca majalah kegemaran....insyaALLAH gelombang Alfa mudah dicapai...dalam sedar tak sedar hasil perahan menjadi banyak untuk satu sesi sahaja. Ini berlaku ke atas beberapa kenalan cyber ibu di mana tanpa disedari hasil perahannya menjadi banyak dengan tiba-tiba.

Bagaimana nak dapatkan gelombang Alfa setiap hari dan setiap kali memerah?
Bayangkan saat-saat gembira apabila mencium anak, berpelukan dengan si kecil di atas katil serta tataplah wajah si kecil sambil memerah....selain itu elakkan memikirkan perkara-perkara yang menyibukkan otak dan mengganggu gelombang otak sehingga memasuki gelombang Beta. Pengambilan vitamin B dan C juga dikatakan membantu kestabilan hormon dan menenangkan perasaan dan fikiran si ibu....

< Credit >

xoxo,

Najah
019.676.8776