Nuffnang Ads

Thursday, February 13, 2014

Lemak vs Otot

Assalamualaikum....

Harini nak borak pasal Slimming lagi...sebab dah 3-4 orang close friend saya yang amalkan Slimming Set Shaklee tanya pada saya..."Kenapa berat saya makin naik?", "Kenapa timbang tak turun pun?", "Btol ke berkesan ni Najah?"....Okay lah...since ramai yang nak tau...so saya akan kongsikan pada semua..biar semua faham dan tak terkejut beruk dah hahaha...perkongsian ni saya dapat daripada seorang rakan blogger, jadi selamat membaca =)


Cuba perhatikan gambar di atas. 2kg Lemak dan 2kg Otot, mana satu yg lebih berat? Dah tentula kedua-duanya sama berat. Lemak dan otot mempunyai ketumpatan yg berbeza, dan oleh itu berbeza dari segi jumlah.

Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Maksudnya, otot mengambil 18% kurang daripada lemak. Tu la sebabnya kenapa 2 orang yg sama berat boleh dilihat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing ada. Sebab tu setiap kali dalam proses menurunkan berat badan, kita kena semak sekali progress penurunan berat melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian kita dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang kita. Sebagai contoh, cuba belek gambar di bawah ni pulak:


Kedua-dua wanita di atas mempunyai berat badan yang sama. Tetapi 'figure' mana yang korang lebih suka? Kalau saya, saya lebih suka figure wanita di sebelah kanan. Nampak padat dan tidak menggelebeh. Dah tentu inci pinggang dan ukur lilit lengannya lebih kecil kalau kita nak bandingkan dengan wanita di sebelah kiri.

Lemak lebih berat daripada otot? Sebab tu kena kurangkan lemak?

Salah. Ini adalah mitos semata-mata. Yang sebenarnya, lemak kurang tumpat daripada otot. Maksud kurang tumpat ni, untuk 1kg lemak sebagai contoh, isi ruang lebih besar di badan berbanding dengan 1kg otot. Sebab tu bila kita tengok orang bina badan, berat mereka ada yang mencecah 100kg tapi badan tak gemuk. Cuba compare dengan kebanyakan orang yang tak bersenam yang beratnya 100kg. Memang besar badannya penuh lemak kan??

Seperti yang ramai sudah tahu, Shaklee merupakan supplement semulajadi yang tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya lagi terlarang. Oleh yang demikian, Shaklee bertindak secara lembut dan secara perlahan-lahan terhadap pengamalnya tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan.

Di samping itu, cara pengambilan turut mempengaruhi hasil yang bakal diperolehi kerana pengambilan yang dibuat secara konsisten dan istiqamah amatlah penting bagi menampakkan keberkesanan produk ini dan sebaliknya.

Penjagaan makanan juga turut memainkan peranan kerana apabila kita berhasrat untuk menurunkan berat badan, pengambilan makanan tinggi kalori haruslah dikurangkan kerana kalori yang berlebihan merupakan penyumbang utama kenapa berat sukar nak diturunkan. Jadi, apabila ada yang bertanya kenapa apabila ditimbang, berat badan masih tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara?

Di sini, ingin saya jelaskan bahawa, walaupun berat badan mungkin bagaikan tidak banyak berubah di atas alat penimbang, namun jika diukur secara fizikal, anda akan dapati inci-inci anda telah mula mengecil dan saiz badan anda telah turun beberapa saiz berikutan lelemak yang selama ini membuatkan anda kelihatan besar telah digantikan dengan otot-otot yang sihat. Jadi, sebelum anda ambil apa-apa supplement, sila ukur sekali ukur lilit pinggang, lengan, peha dan sebagainya. Kalau ada inch loss, maka sebenarnya anda telah berjaya. So, jangan sedih lagi ye kalau jarum penimbang tu tak bergerak ke arah yang anda idamkan hehe

Pebezaan kandungan lemak di dalam individu yang mempuanyai berat berlebihan dan individu yang mempunyai berat yang ideal

Maka tidak hairanlah mengapa individu-individu yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan menggunakan Set Kurus Shaklee nampak lebih FIT, kekal LANGSING dan tidak mengalami masalah berat badan naik kembali. Berikut saya kongsikan sedikit fakta penting berkaitan pendekatan penurunan berat badan Shaklee yang perlu anda tahu:
  1. Lemak-lemak degil yang telah dibakar digantikan dengan otot-otot yang sihat
  2. Otot mempunyai kemampuan membakar kalori dengan lebih pantas dan menyebabkan metabolisme sentiasa berada ditahap optimum
  3. Walaupun berat badan tak banyak berubah di atas penimbang, tetapi badan nampak lebih kurus, saiz semakin mengecil (ada yang dari saiz XXL berjaya turun ke S) kerana berat lemak yang membuatkan seseorang itu kelihatan besar sudah diganti dengan otot
  4. Set Kurus Shaklee hanya membakar lemak dan membuang lebihan toksin/air dalam badan dan menggantikannya dengan otot dari protien yang diambil semasa berdiet
  5. Hasilnya, tiada kesan menggelebeh kerana badan lebih terbentuk, tegap dan fit

Kalau anda berminat nak mencuba, tunggu apa lagi....hubungi saya segera yea!!

< Credit >

Najah
019.676.8776