Nuffnang Ads

Friday, May 16, 2014

Happy Teacher's Day!!

Assalamualaikum...

Salam Jumaat pada gorgeous-gorgeous sekalian =)
Seperti kita sedia tahu bahawa setiap tanggal 16 Mei adalah Hari Guru...pada harini jugak skolah Alya ada sambutan Hari Guru kat skolah dia. Jadi ibubapa kena sediakan potluck untuk anak-anak. Nasib la Ummi ni dapat tugasan yang simple je iaitu untuk menyediakan nasi goreng atau mee hoon goreng hehehe happy tau!! Maklumla, Ummi ni bukannye Masterchef sangat so bab masak-masak ni memang neves sket haha takat makan mulut sendiri bolehla...nak bagi orang lain makan, tak confident sangat hahaha

Jadi, pagi tadi pun kalot la bukak peti ais...ingatkan nak letak ayam dalam nasi goreng, skali tengok-tengok ayamnya udah abisshhh huhuhu...yang ada sausage je so blasah jela...lagipun cam tak berapa rajin je nak gi kedai pepagi buta semata-mata nak beli ayam je pun sekor haha nampak tak unsur-unsur pemalas di situ ehehehehe

Haaa...ni la dia nasi goreng ekspress Ummi untuk Alya =)

Mahap la ye cikgu, ni je yang Ummi Alya mampu buat pepagi buta ni hahaha lagipun kalau buat fancy-fancy sangat bukannye Alya makan. Nasi goreng ni pun sure Alya makan nasi dia je...lauk-lauk dalam ni sure dia tolak tepi. Makcik ni memang cerewet sket makannya...ikut mood. Ada hari tu, nak makan carrot, jenuh dok kutip carrot dalam sayur atau nasi goreng, hai la anak dara sorang ni hehe

Alya Adriana Binti Ismail =)

Ni la dia...anakanda Ummi yang suka majuk, moody, manja, banyak cakap...semua ada la kat dia. Pape pun, Ummi sayang Alya sangat-sangat...membesarlah jadi anak yang solehah, yang memuliakan Ummi ngan Abi bila dah besar nanti ye =)

Dua beradik yang memang berbeza karektor dan minat. Mungkin sebab berlainan jantina kot kan hihi

Ummi nak amik gambar kakak, dia pun sibuk nak amik gambar gak hehe macam-macam ragam si Ammar ni

Sekian untuk hari ni, nak kena kemas baju pulak ni. Esok nak ke Kuantan, nanti kite update apa yang berlaku kat sana pulak ek hehehe semangat ni nak gi jalan-jalan cari makan lagi ahahaha

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776