Nuffnang Ads

Saturday, May 31, 2014

Mee Kari Chinese Style ala Najah =)

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah banyak kali la jugak buat mee kari ni tapi kali ni baru teringat nak update hahaha maklumlah, biasanya lepas siap masak...cedok masuk mangkuk...& ngaaappp je terus...arini je terlebih rajin sket nak update kat sini hehehe

Okay resepi ni sebenarnya hasil gugelan & gabungan pelbagai resepi haha biasala kan...saya memang suka je campur aduk & ubahsuai resepi sesuka hati hahaha okeh...straight to the point...check it out!!!

Bahan - bahan:
1kg kerang (direbus dan buang kulitnya)
500g udang (kukus; kulit dan kepala blend dengan air kukusan tadi. Pastu tapis air dia untuk buat stok)
500g isi ayam
Tauhu kering
Fish cake
Fish ball
1kg mee kuning (dicelur)
4L santan (dari 1 biji kelapa parut. Ikut tekak masing-masing la, kalau nak pekat lagi..tambah lagi)
Minyak

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar biji ketumbar
4 sudu besar cili kering (diblend)
1 batang serai
10 biji lada hitam
Belacan (anggaran: besar ibu jari kaki)

Bahan Hias:
Taugeh
Terung (digoreng sehingga agak lembut)
Kacang panjang (dicelur)
Hirisan telur rebus
Hirisan limau nipis / kasturi
Bawang goreng
Cili api (bagi yang nak lagi pedas)

Sambal cili:
5 sudu besar pes cili
1 ulas bawang putih (diketuk)
Udang kering (ditumbuk halus)
Minyak (untuk menumis)

Cara-caranya:
Panaskan minyak. Tumiskan semua bahan-bahan di atas sampai pecah minyak. Kalau nak masin, tambah lah sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau.
  2. Masukkan ayam dan stok udang
  3. Biar mendidih dan masukkan santan
  4. Biarkan mendidih perlahan-lahan
  5. Masukkan tauhu kering, fish cake dan fish ball
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Bila nak makan, letakkan mee dalam mangkuk, taburkan taugeh, isi udang, kerang, terung, kacang panjang, telur, bawang goreng....semua la pape yang korang rasa nak letak. Lepas tu curah la kuah yang panas-panas tu....diakhiri dengan sambal cili dan juga cili padi untuk extra kick!! haha

*** Haaa senang je kan?? Tak payah nak letak serbuk atau pes kari ke pape...cukup dengan ketumbar, lada hitam gitu je. Kalau nak kuah tu lebih merah, masukkan lebih sikit cili kering yang dah diblend tu.

Haaa tudia...penuh semangkuk hehe saya memang suka taugeh mentah, masak dengan kuah yang panas tu je hehe
Kalau korang suka yang celur...sila la celur dulu ye... =)

Jadi jangan segan silu...sila la coba!!! Senang yang amat...jap je dah siap & trus masuk perut hehe

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776