Nuffnang Ads

Tuesday, July 8, 2014

Ketam Goreng Telur Masin

Assalamualaikum...

Adoiii sian btol rumah ni kan...asyik bersawang je huhu takpe-takpe, meh kita meriah kan dia balik dengan resepi keluarga yang sememangnya senang & cepat je hehe maklumla, since ada anak kecik yang asyik nak berkepit ngan Ummi dia je ni...memang masak pape semua yang fast, fresh & simple...bak kata Donna Hay hehe =)

Haaa ni la ketamnye...gorgeous x? hahaha

Okay...sebenarnya ketam ni saya masak masa second day puasa haritu...kebetulan Hubby still cuti & ada kat rumah pastu adik-adik pun semua ada...jadi masak la yang special sikit..konon la kan hahaha padahal biasa-biasa je =) Resepi ni saya dapat dari seseorang yang hebat, penyanyi no 1 negara hehehe tak sangka dia sudi untuk berkongsi resepi dia dengan kami...Terima Kasih =)

Bahan - bahan:

Ketam
Asam Jawa
Telur Masin (telur merah sahaja) - Rebus separuh masak aja
Daun Kari
Bawang Putih (dicincang halus)
Cili Padi
Planta
Minyak (untuk menggoreng)
Garam secukupnya

Cara - caranya:
  1. Bersihkan ketam. Potong kepada 2 bahagian.
  2. Gaulkan ketam dengan asam jawa dan perap kan sebentar.
  3. Gorengkan ketam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang banyak. Goreng hanya separuh masak sahaja ye. Toskan ketam dan ketepikan.
  4. Ambil telur masin merah dan hancurkan. Boleh juga nak tambah sedikit telur putihnya untuk rasa masin. Jadi tak perlu tambah garam dah nanti. Ratio telur masin dengan ketam adalah sebiji telur masin bersamaan dengan seekor ketam. Jadi pandai-pandai la agak ye, kalau ketam kecil tak perlu la guna 1-1 ratio tu.
  5. Masukkan Planta di dalam kuali. Lagi banyak Planta lagi sedap tapi nanti errmmmm....faham-faham jela ye hahaha so biarlah moderate ajer =) tapi kalau nak banyak jugak pun takpe sebab Lecithin dengan Omega ada hahaha =)
  6. Tumiskan bawang putih, daun kari & cili padi sampai naik bau.
  7. Masukkan telur merah yang dah dihancurkan tadi.
  8. Gaul rata dan apabila telur tu dah berbuih, masukkan ketam yang separuh masak tadi.
  9. Masukkan garam jika masih kurang rasa masinnya.
  10. Masak sehingga ketam masak dan bolehlah dihidangkan. Jangan terlalu lama nanti isinya keras


Haaa...senang je kan?? Selamat mencuba! =)

Ni la perbezaan yang asal & version sy hehe

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776