Nuffnang Ads

Saturday, July 12, 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikaum...

Apa khabar semua? Macam mana perjalanan bulan Ramadhan tahun ni? Moga-moga lebih baik dari tahun-tahun lepas, lebih banyak menjalankan ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah? Pejam cekil pejam celik, kita ni dah masuk hari ke-13 berpuasa. Rasa macam baru je nak biasakan diri bangun sahur. Rasa macam baru je tengok pakcik yang kat TV tu umumkan tarikh kita berpuasa. Rupanya dah separuh dah perjalanan kita. Betapa masa tu tidak pernah nak menunggu kita kan...


Bagi SAHM macam saya ni, puasa ke tak puasa ke rutin harian tu sama je. Malah bulan puasa ni bertambah la lagi kan. Jadi, macam mana bulan puasa korang? Sibuk menguruskan anak-anak? Sibuk buat kuih raya? Sibuk carikan baju raya untuk suami & anak-anak? Dalam sibuk-sibuk tu jangan lupa untuk "menguruskan" Yang Maha Esa juga. Gunakan bulan ni sehabis mungkin demi kebahagiaan hidup di dunia & juga di akhirat.

Tambah plak kita dah nak masuk ke second half bulan Ramadhan ni kan? Lagi la banyak amal ibadah kita nak buat & lagi banyaklah persiapan yang kita nak siapkan kan? Mesti rasa badan letih sangat? Mana tak nya, saya pasti ramai yang berebut nak bangun malam dan mengerjakan solat Tahajjud, ada yang nak baca al-Quran, ada yang neves nak siapkan tempahan baju dan kuih raya customer. Macam-macam kan? Siang hari pulak sibuk ke tempat kerja, mengharungi jalan jem yang tak pernah nak reda tuh, nak hantar tempahan customer, macam-macam lagi la....macam Tok saya cakap..."the list goes on and on..." =)

Jadi, boleh ke badan kita cope dengan semua aktiviti kita ni? InsyaAllah boleh...kalau rasa tak mampu, ambillah supplement untuk membantu badan anda bertahan. Saya pun ada ambil supplements untuk membantu saya menyelesaikan kerja-kerja saya seharian. Saya mula jatuh cinta dengan supplements ni tahun lepas...bulan Ramadhan juga. Apa yang saya ambil? Semestinya Shaklee la kan...to be exact, saya ambil MIGHTY 3 GEMS. Jemput baca di sini untuk pengalaman berpuasa saya dengan Mighty 3 Gems ni.

Selamat berpuasa! =)

xoxo,

Najah Salwa Ismail
019.676.8776