Nuffnang Ads

Friday, July 11, 2014

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua! Hari saya dan anak-anak memang tersengih lebar sebab malam karang Abi balik. Alya dari malam tadi lagi sibuk tanya "Ummi...esok kita amik Abi kat airport kan?" Letih Ummi dia nak menjawab haha...punya la excited setiap kali Abi dia balik. Rindu la tu kan hehe

Okay lah...bile cakap pasal Abi teringat kisah last week bila Abi request nak makan siput sedut macam kat kedai Hassan Ayam Kampung kat Velodrome tu. Jadi, Sang Isteri ni bila Sang Suami dah mengutarakan terus jela bersemangat nak masak dengan penuh kasih sayang demi suami terchinta...cheewaaaahhh!!! hahah

Jadi, ini la dia hasilnya...resepi minggu lepas tapi baru hari ni nak kongsi dengan korang. Mahapkan kakak la ye semua hehe =)

Tadaaa....lemak berkrim kuah nya gitu...hehehe

Okay...sebelum nak bercerita pasal bahan dan cara nak memasak..meh kita bercerita pasal cara nak basuh dia dulu kejap. Ada kawan saya tanya macam mana nak hilangkan lumpur-lumpur pada siput ni? Apa yang saya buat, saya masukkan siput-siput ni di dalam bekas pastu basuh di bawah air paip yang mengalir. Sambil tu saya goncang-goncang kan bekas bagi siput-siput tu bergesel sesama sendiri untuk keluarkan lumpur-lumpur tu. Lepas saya pinjam berus baju bibik dan gosok la siput-siput ni gak tapi jangan la amik sekor-sekor, jenuh sampai esok pun tak siap hahaha gitu jela yang saya buat...Alhamdulillah semua lumpur pun keluar. Yang penting lakukan semua ni SEBELUM korang potong bontot dia tau!!!

Lepas tu, untuk potong bontot dia plak. Korang boleh guna blakang pisau kapak yang besar yang slalu orang guna untuk potong ayam ke pape tu kan atau guna je gunting yang potong ranting pokok bunga tu. Tak tau la orang panggil tu apa tapi menda alah tu lah ahahaha banyak mana nak potong? Potong la agak-agak 3 lekuk dia tu ke. Kalau sikit sangat potong nanti masa sedut isi dia tak boleh keluar. Kalau banyak sangat nanti abis terkeluar plak isi dia. Jadi ikut la pertimbangan masing-masing ye.

Ni cara potong bontot guna pisau
(Gambar dari Google)
Ni cara potong guna gunting pokok tu
(Gambar dari Google)

Dah siap potong, saya bilas lagi skali dan basuh siput-siput ni dengan air limau nipis plak untuk hilangkan lendir-lendir dia tu. Ada gak yang guna asam jawa, ikut la mana-mana yang korang selesa. Janji bersih untuk dimasak dan dimakan. Jangan sampai sakit perut pulak nanti ye hehe jom! Kita tengok bahan dan cara untuk masak pulak.

Okay..ni la dia siput yang dah siap dibersihkan & dipotong bontotnya
(Gambar dari Google)

Bahan - bahannya:

2 kg Siput Sedut
5 keping Asam Keping
1 biji Kelapa
6 batang Serai (Dititik)
3 helai Daun Kunyit (Carikkan)
Garam & Gula Secukupnya

Bahan - bahan untuk dikisar:

20 biji Cili Padi (Campurkan merah & hijau)
1 inci Kunyit Hidup
20 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih

Cara - caranya:
  1. Bersihkan siput kemudian kerat hujungnya, anggaran 3 ruas.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan kisar halus, asam keping dan serai. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
  4. Kacau perlahan, masukkan pula pati santan.
  5. Tambah garam secukup rasa, daun kunyit dan sedikit gula.
  6. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Siput ni makan dengan nasi panas dipadankan dengan ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman pun dah layan habis. Boleh menyebabkan saya makan nasi berpinggan huhu habis la usaha untuk menguruskan badan hahaha sebab-sebab ni la yang saya ni lambat nak turun berat. Nafsu makan melebihi tuan badan, jadi...jangan tiru cara saya ye jika anda tidak sesabar saya hehehe

Selamat mencuba!!!

xoxo,

Najah Salwa Ismail
019.676.8776

2 comments:

  1. suami out station ke atau kije tempat lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apahal kau nak try bini orang ke hanat

      Delete