Nuffnang Ads

Friday, September 19, 2014

FAQ: GLA Complex

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan mengenai GLA Complex. Apakah sebenarnya GLA? Mengapa dicadangkan untuk membantu masalah wanita? Bagaimana fungsi GLA? Macam-macam lagi la...kalah polis pencen hehe

Jadi, di sini saya harap saya dapat membantu anda untuk lebih memahami mengenai GLA Complex dengan memberi sedikit informasi yang dikongsi oleh Azeni. Harap-harap informasi ini berguna untuk anda dan mampu menjawab persoalan-persoalan anda =)


Apakah itu GLA?

GLA adalah Gamma-Linolenic Acid iaitu bahan binaan bagi prostaglandin.

Apakah itu Prostagladin?

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ia penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik. Ia juga anti-keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah.

Siapakah yang memerlukan GLA?

GLA diperlukan oleh golongan wanita yang mengalami pre-menstrual syndrome atau PMS. Selain itu bagus untuk dicadangkan kepada pengidap arthritis rheumatoid dan juga yang mengalami eczema. Selain itu, ia juga sesuai bagi mereka yang mengidap kencing manis serta yang mementingkan berat badan.

Berapa biji GLA yang perlu diambil sehari?

GLA diambil satu biji pagi dan satu biji sebelum tidur.

Bolehkah GLA diambil oleh ibu menyusu?

Ya, boleh diambil oleh ibu menyusu kerana GLA tidak menggangu penyusuan. Seperti yang diterangkan di atas, GLA membentuk prostaglandin.

Secara tidak langsung ia juga terlibat dalam pembentukan hormon estrogen dan progestron iaitu hormon yang memainkan peranan penting dalam kehamilan dan penyusuan.

Malah pengambilan GLA bersama Alfalfa adalah booster untuk penghasilan susu.



Bolehkah GLA diambil ketika period?

Boleh diambil seperti biasa.

Untuk kecantikan kulit, berapa biji GLA perlu diambil?

Untuk kecantikan kulit pun ambil 2 biji sehari. Kalau nak lebih bagus ambil bersama Vitamin E Complex.

Bolehkah Vitamin E dan GLA diambil serentak?

Tidak boleh diambil serentak. Ini kerana Vitamin E boleh menggangu kadar penyerapan khasiat, jadi lebih elok diambil berasingan. Oleh itu, anda bolehlah mengambil 1 biji GLA pada waktu pagi dan 1 biji vitamin E pada waktu malam.

Bagaimana yang mengalami PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)? Boleh ke mengambil GLA?

PCOS adalah keadaan di mana hormon wanita berada di dalam keadaan tidak seimbang. Ini menyebabkan kitar period berubah, terjadi cysts di dalam ovary, mengalami masalah untuk mengandung dan masalah kesihatan yang lain. Maka,

GLA adalah supplement yang paling disyorkan untuk mereka yang mengalami PCOS kerana GLA dapat membantu untuk menyeimbangkan kembali hormon anda.

Bagaimana GLA ni membantu waktu subur wanita dan pada masa yang sama ingin hamil?

Kita perlu tahu kitar period setiap bulan. Samada 28 hari, 30 hari ke atau 36 hari. Katakan lah kitar period anda adalah 30 hari setiap bulan,

Maka 30 hari dibahagi 2, 30/2 = 15 hari. Jadi, hari subur anda adalah pada hari ke 15 daripada hari pertama period dan +/- 5 hari adalah waktu subur.

Makan GLA setiap hari sehingga hari ke-14 dan berhenti seketika pengambilan GLA pada hari ke 14. Tunggu sehingga datang semula period dan boleh diambil semula seperti biasa.

Jika period anda tidak datang selepas 2-3 minggu, anda boleh lah mengadakan urine test menggunakan UPT (Urine Pregnancy Test). Manala tau, rezeki anda telah tiba =)





Adakah GLA boleh kuruskan badan?

Ya boleh. GLA boleh mengurangkan kolestrol dan menghalang penambahan berat badan.

Ini kerana GLA bertindak sebagai asid lemak bagi mengelakkan pembentukkan lemak yang menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Pengambilan GLA sebelum tidur berupaya memecahkan lemak di dalam badan ketika tidur.




GLA boleh diambil oleh orang yang menopaus?

Ya boleh. Menopaus terjadi disebabkan kekurangan penghasilan hormon estrogen dan progesterone ataupun androgen (bagi lelaki). Hormon ini memainkan peranan penting yang mana turut mempengaruhi emosi seseorang.

Antara simptom-simptomnya adalah seperti hot flashes (rasa muka merah dan panas), berpeluh, kekeringan pada vignal, sakit kepala dan perubahan emosi yang tidak mengira masa serta meningkatkan risiko untuk dapat osteoporosis.

Dengan pengambilan kalsium bersama GLA dapat membantu mencegah osteoporosis.

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776