Nuffnang Ads

Tuesday, September 9, 2014

Mengejar Mimpi Menjadi Realiti (Part 4)

Alhamdulillah...proses untuk memohon lesen pun dah selesai. Tunggu jela keputusannya nanti kan. Harap-harap semua pun berjalan dengan lancar.

Sementara menunggu tu...kerja-kerja ubah suai mestilah diteruskan. Macam saya memang saya tengok sendiri kerja-kerja yang diorang buat. Tapi kebanyakannya Mummy la yang banyak dok monitor pastu update la hehe barang-barang keperluan kami beli sendiri kat kedai hardware. Jadi senang la sket. Tefon je apa yang perlu, nanti diorang akan hantar.

Kalau korang ada kontraktor yang boleh buat semua dari A sampai Z lagi tak pening kepala cuma nanti kena sediakan cek jela hehe maklumla, kami ni bajet tak besar sangat jadi kena la upah kontraktor dan beli barang sendiri

Ni pandangan sisi kaunter utama

Ni plak pandangan hadapan kaunter utama

Adalah gak yang tanya kenapa kaunter saya ada dua bahagian? 1 bahagian untuk saya letak chiller dan 1 bahagian lagi untuk cash register semua la...Ada lagi yang tnya, chiller tu nak buat apa? Saya nak letak cam cupcakes, muffins or sandwich ke pape sebagai snek bila orang datang ke spa saya ni. Mana la tau kan bile dah 2-3 jam di spa, mesti la lapar gak kan? Jadi untuk alas perut, boleh la makan snek yang saya sediakan tu.

Bahagian cash register tu plak, kenapa tinggi sangat? Iyer la, benteng duit la kata kan...kena la tinggi sikit ahahaha

Ni pulak pembahagi untuk bilik facial

Dinding untuk bilik urut

Sebenarnya bilik facial dan urut ni sekali je. Nanti kami akan asingkan katil dengan langsir je. Jimat sikit kan...hehe lagi pun memang dalam syarat lesen pun dah nyatakan samada guna sliding door atau langsir je.

Inilah bakal pantry saya.
Buat masa ni jadi tempat sidai baju jela dulu ye hahaha

Pantry kena la ada kan...nanti kat mana plak saya nak makan. Nak buat-buat air untuk pelanggan, takkan la bancuh je depan diorang kan hahaha

Bakal bilik solat kami

Bilik solat mestilah wajib disediakan untuk keselesaan pelanggan dan jugak kami yang bekerja di kedai ni nanti

Pandangan dari luar bilik solat

Selain daripada bilik solat, kami juga ada tambah bilik untuk sauna, mandi bunga / susu / etc. Jadi banyak la juga pertambahan bilik yang kami buat kat kedai ni.

Bilik sauna

Bilik mandi yang berdepan dengan bilik sauna

Pintu masuk bagi ruang sauna dan bilik mandi

Berdasarkan pengalaman saya la, lebih elok kita monitor betul-betul, kot-kot pekerja kontrak ni tersalah buat ke pape. Kalau cakap cepat bolehlah diorang betul kan. Tapi nak monitor ni pun bukan kerja senang sebab saya sendiri pun tak ada pengalaman sangat. Jadi banyak la gak kena tanya Hubby, Abah & Papa hahaha ramai kan penasihat saya? hehe

Perasaan apabila tengok semua ni susah nak citer. Dari ruang kedai yang kosong, sekarang ni dah penuh dengan batu bata dan berdebu yang tak lama lagi akan jadi sesuatu yang kekal hehe memang sangat teruja, tak sabar nak tunggu semua ni siap.

Bersambung...

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776