Nuffnang Ads

Wednesday, September 24, 2014

Mengejar Mimpi Menjadi Realiti (Part 7)

Alhamdulillah, kerja-kerja renovation semua dah selesai..skang ni fasa nak shopping perabot, katil, trolley....kire barang-barang untuk kegunaan di spa la kan. Part ni la yang best skali tapi bajet still kena jaga hahaha kot excited sangat shopping sampai terover bajet plak, jenuh nak korek duit plak nanti kan hehehe

Kat mana saya survey barang-barang ni? Merata la gak. Segala pelosok KL & Selangor dah saya gi haha ni antara barang-barang yang saya sempat ambil gambar hehe kebanyakannya saya survey area Puchong sebab kat Puchong de banyak kedai furniture & barangan keperluan toilet.

Ni adalah sunscreen blind
Konon nak letak kat tingkap depan sebab aritu
tak tinted huhu tapi sebab tingkap saya tu besar,
harga pun besar la jugak haha

Guna curtain jela, jimat sket hehe

Ni antara blinds lain yang ada dijual kat sini
Asalnya ingat nak pasang blind kat sebelah "pelamin" pedicure tu
Tapiiiii......hahaha tukar la

Kalau korang nak beli blind, saya suggest pegi kat Felton blinds ni. Kat kilang dia, timber blind untuk size 6' x 10' baru dalam RM600++ compare dengan saya tanya kat Macy & kedai langsir lain, semua dalam range RM1500++. So memang sangat murah kat kilang ni. Tapi sebab Big Boss tak approve untuk pasang blind, saya terpaksa la cari menda lain nak letak kat situ kan hahaha

Haaaa ni mesti korang tau kan??
End up saya pasang string curtain ni je kat tepi
tempat pedicure tu, murah je RM150 hahaha

Jimat dah tu RM450 compare dengan pasang
timber blind. Tapi timber blind tetap di hati hahaha

String curtain ni korang boleh cari kat kedai jual curtain cam Macy or Acacia ke pape. Tapi kat Macy yang saya gi takde color yang saya nak so terpaksa la cari kat tempat lain. Last-last jumpa kat kedai perabot kat Puchong haha cam tak sangka plak ada jual kat kedai perabot kan? =)

Cantik tak couch ni? Suka sangat masa tengok kat Macy aritu
maybe sebab pink kot kan? Hahaha

Tapi color dia tak kena la plak dengan tema kedai.
Lagipun masa ni window shopping sorang-sorang so malas
nak tanya lebih-lebih hehe sekadar menjamu mata je =)

Walaupun tak beli couch kat Macy tu, saya end up beli couch yang hampir sama tapi kat Puchong, kat Avenue @ Puchong kot kalau tak silap nama kedai tu. Harga pun ok la...yang best upholstery dia bley custom without added cost hahaha tu yang penting kan?

Haaa ni la couch dia. Saya suka sangat ngan color dia coz
bright & vibrant tapi Sang Hubby cakap striking sangat hahaha

So kitorang decide untuk tukar jadi color hitam, lining dia putih
Pillow dia jadi grey so kire ikut la gak tema wallpaper kitorang tu
since couch ni pun memang nak letak kat area lounge

Kat Avenue tu cam complex yang de banyak kedai furniture so korang masukla satu-satu kedai sampai letih kaki nak melangkah hehehe kerusi untuk pedicure manicure pun kitorang beli kat sini gak. Kitorang beli kerusi yang boleh guna untuk pedicure & reflexology so jimat la sket bajet hehe nak wat camne, bajet tak berapa besar kan hahaha tapi syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar je...

Haaa ni la kerusi 2in1 kami =)
Tengok model saya tu...sampai tak mau
bangun coz comfy sangat katanya hahaha

Untuk match kan dengan kedai, kami tukar gak leather dia ke color hitam. Lagipun tak lah nampak kotor sangat nantikan & yang penting, insyaAllah bley tahan lama.

Haaa ni la lebih kurang bentuk dia
Kitorang pilih recliners sebab lagi selesa
dan boleh guna untuk 2 treatment skaligus

Asalnya ingatkan nak amik yang ni untuk
pedicure manicure tapi rasa cam tak brapa
sesuai untuk urut kaki. Tu yang amik recliners je

Saya kenan sangat kerusi ni...
Cantik tak?? Couch de 1 je kan?
So ingat nak tambah la kerusi ni sepasang lagi
kat lounge tu, baru la cam lengkap sket kan hehehe

*** alasan ***

Ni jela serba sikit pasal perabot yang saya survey. Survey pun direct je terus kat apa yang dah ada dalam kepala. Malas dah nak pikir banyak-banyak sebab nak siapkan cepat je kedai ni supaya boleh start & operate. Korang pun sure dah tak sabar nak datang kan?? Hahaha

Bersambung....

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776