Nuffnang Ads

Saturday, September 13, 2014

Spaghetti in Creamy Mushroom Soup

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu...

Kebiasaannya di rumah saya kalau hujung-hujung minggu ni semua nak request macam-macam. Jadi sebagai Ummi, kena la usaha jugak untuk tunaikan permintaan anak-anak kan...

Entah macam mana Alya tetiba teringat nak makan Macaroni & Cheese plak dah huhu demi anak tersayang, Ummi pun terus ke dapur tapi malangnya cheese tak ada la plak dalam fridge. Untuk tak mengecewakan harapan anak, Ummi pun improvise la sket dengan bahan-bahan yang ada dalam pantry iaitu Spaghetti dan jugak Campbell Mushroom Soup.

 

Bunyi cam pelik kan? Tapi rasa dia sedap la jugak haha konon-konon cam makan carbonara gitu la lebih kurang hehe ni semua hasil adik kesayangan la dok citer dia dok makan kat asrama. Tu yang teringat nak buat tengok..rasa macam mana. Skali mendapat sambutan hangat hehehe

Bahan - bahannya:

Spaghetti
Campbell Mushroom Soup
Ayam
Oregano

Cara - caranya:
  1. Rebuskan spaghetti sehingga al dante dan ketepikan
  2. Potong ayam kecil-kecil dan rebuskan separuh masak
  3. Masukkan Campbell Mushroom Soup ke dalam periuk, tambahkan 1 tin air masak (gunakan tin sebagai sukatan)
  4. Biarkan mendidih sekejap, masukkan ayam, oregano dan garam secukup rasa
  5. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga ayam masak
  6. Boleh lah dihidangkan bersama spaghetti. Boleh jugak parut kan parmesan sket kat atas



Haa ni lah dia..spaghetti in mushroom soup saya. Simple je kan? Rasa pun memang sedap. Alya makan abis semangkuk. Ammar pun suka. Abis comot diorang request nak suap sendiri huhu pening Ummi nak mengemas.

Mommies...cuba lah. Senang dan sedap! Mesti anak-anak suka sangat.

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776