Nuffnang Ads

Tuesday, October 14, 2014

Gulai Siam Ayam & Rebung

Pagi semalam lepas hantar Alya gi sekolah rasa bersemangat plak. Tak tau la kenapa, mungkin nak release tension kot sebab puas dah dok godek nak install commentluv kat blog ni dari ari Sabtu tak jadi-jadi. Konon-konon lepas main masak-masak dapatlah ilham cane nak btolkan balikkan? Ahaha

** takde kaitan pun kan? ahaha ngarut je lebih.

Pastu bila buka fridge nampak la apa yang ada, nak gi kedai malas plak rasa. So based on apa yang ada dalam fridge tu jela yang kita masak. Godek punya godek skali tengok bahan-bahan semua cukup lengkap untuk buat gulai siam. Tunggu apa lagi...zaaasssss jela =)

Alhamdulillah...sambil tunggu ayam nak defrost, akhirnya berjaya gak dengan commentluv ni. Excited bukan main la. Kiranya masak harini sambil sengih ke telinga walaupun terpaksa bersilat di dapur dengan Ammar huhu

Gulai Siam Ayam & Rebung

Jom masak!

Bahan - bahannya:

Bahan Kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas (lebih sikit pun takpe, lagi sedap)
1 inci kunyit hidup (kalau tak cukup kuning, tambah dengan kunyit serbuk je)
2 batang serai
10 biji cili padi merah (kalau nak pedas, tambah la lagi ye)
6 biji bawang merah

1 ekor ayam
500g santan
1 cawan air
5 helai daun limau purut
Gula dan garam secukupnya

Cara - caranya:
  1. Bersihkan ayam
  2. Kisar sehingga lumat halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili padi & bawang merah
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk
  4. Gunakan secawan air untuk bilas blender supaya semua bahan kisar masuk ke dalam periuk =)
  5. Didihkan seketika.
  6. Masukkan ayam dan daun limau purut
  7. Apabila dah mendidih, masukkan santan dan rebung
  8. Biarkan mendidih sehingga ayam dan rebung masak
  9. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya
Sekian!! Nampak tak kesenangan nak masak gulai siam ni? hehe memang betul orang cakap masak campak-campak je hehe

Selamat mencuba =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776