Nuffnang Ads

Wednesday, October 8, 2014

Indeks Glisemik (GI)

Assalamualaikum...

Rentetan post saya semalam, ada yang bertanya pada saya...Apakah Indeks Glisemik tu? Jadi hari ni saya nak huraikan lah lebih sikit, apa itu Indeks Glisemik hehe info ni semua ihsan dari Azeni =)

Tak payah nak pening-pening kepala lagi dah, moh baca je beramai-ramai ye...

Apakah itu Indeks Glisemik?
Indeks Glisemik (GI) ialah ukuran ataupun indeks yang menunjukkan kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya untuk bertukar menjadi glukosa di dalam darah.

GI ini diukur dalam skala 0 hingga 100 yang menunjukkan kedudukan makanan yang dapat menaikkan paras gula di dalam darah selepas dimakan.



GI yang tinggi iaitu melebihi 70 adalah makanan yang cepat dihadam dan ditukarkan kepada glukosa di dalam darah. Manakala GI yang rendah iaitu bawah 55 adalah makanan yang lebih lambat untuk ditukarkan kepada glukosa dan dibebaskan secara perlahan-lahan di dalam darah.

Secara umumnya, kita patut makan makanan yang mempunyai GI tinggi pada kadar kuantiti yang sedikit dan makan makanan yang mempunyai GI rendah pada kuantiti yang banyak.


Makanan yang mempunyai GI yang tinggi akan menyebabkan kenaikan paras glukosa yang tinggi dalam darah. Manakala makanan yang menpunyai GI rendah paras glukosa akan naik secara perlahan-lahan.

Apabila kita makan makanan yang mempunyai GI tinggi maka paras glukosa akan naik dengan mendadak dan insulin akan dirembes sebagai tindakbalas badan untuk menurunkan paras glukosa di dalam darah. Badan kita tidak sepatutnya mempunyai paras glukosa yang tinggi kerana sebahagiannya akan disimpan sebagai lemak apabila tidak digunakan. Lemak yang tersimpan tidak akan digunakan sebagai sumber tenaga utama. Badan akan rasa lapar apabila kadar glukosa turun secara mendadak walaupun baru beberapa jam makan.


Lemak yang disimpan tidak akan dibakar sebagai tenaga malah dikumpulkan pada abdomen dan kawasan sekeliling organ dalaman badan. Keadaan ini yang berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu kelihatan gemuk atau mengalami perut buncit.

Mengekalkan paras glukosa dalam darah adalah penting dalam proses pengurangan berat badan dan untuk penjagaan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Jadi, memahami GI ini bukan sahaja penting bagi mereka yang menghidapi penyakit Diabetes malah harus juga diambil kira bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776