Nuffnang Ads

Wednesday, October 29, 2014

Road trip lagi...

Assalamualaikum semua =)

Rinduuuu nye rasa bila lama tak update story mory kat blog ni ehehe kisah nya, kami sekeluarga ada pegi road trip sikit plus dengan balik kampung.

Paham-paham jela bila dah kat kampung kan, memang tak ingat dah nak tengok fon ke pape lagi dah. Macam-macam nak dibuat dengan mak, nenek dan keluarga =)

Asalnya saya dengan Sang Hubby rancang nak balik ke Kelantan. Maklumla Raya Haji hari tu tak dapat nak balik sebab Sang Hubby ada Shutdown. Jadi kami beraya di Desa Pinggiran Putra ni jela dengan mama & abah hehe saya happy la sebab tahun ni dapat beraya dua kali dengan parents kan...tapi sian la jugak kat parents in law yang sememangnya rindukan cucu-cucu diorang ni hehe

Image: Google
Jadi bila Sang Hubby dah habis Shutdown, kami pun rancang la nak balik Kelantan. Sekali bila bagitau kat Alya yang kita nak balik rumah Tok Ayah, boleh plak dia cakap. " Alya nak balik rumah Tok Ayah tapi Alya nak pergi hotel dulu!!!" Aiiikkkk!!! Boleh plak dia buat syarat gitu?? Pening Abi dia pujuk still dia nak gi hotel gak before balik rumah Tok Ayah ahaha

So Abi pun turut la kehendak anak kesayangan ni hehe lagipun memang dah lama gak diorang tak pegi bercuti sebab Ummi & Abi dan sibuk dengan kerja masing-masing kan. Jadi kami pun putuskan untuk menginap di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu. Okay la jugak sebab kami boleh pergi melawat Mak Itang yang dah semamangnya lamaaaaa sangat kami tak pergi. Sejak arwah cik meninggal, kami pun dah jarang balik ke Terengganu. Jadi bila ada kesempatan memang kami akan cuba untuk balik sekerap yang boleh.

Gambar: Google Image

Ni la dia bilik kami. Not bad kan?? Selesa sangat =)

Dalam perjalanan dari Putrajaya, saya ada la dok cerita kat Sang Hubby pasal kedai mainan murah kat area Keramat. Tak sangka plak Sang Hubby betul-betul nak pergi. Ingatkan sekadar nak singgah tengok-tengok, rupanya memang dia betul-betul borong mainan untuk Alya & Ammar ahaha katanya upah supaya budak-budak tak bosan sangat dalam kereta. Maklumlah jauh perjalanan kan hehe

Salah satu hasil borongan Abi untuk Alya
& Ammar hehe suka bukan main budak-budak
ni dapat banyak mainan dari Abi =)
Kami sampai dah lambat jadi tak sempat la nak pergi makan sotong goreng tepung yang maveles tu huhu insyaAllah lain kali kalau ada kesempatan boleh saya share dengan uols ye hehe sotong goreng tepung ni di area belakang airport Kuala Terengganu tu. Saya pun tak pasti apa nama pantai tu huhu

Selepas Maghrib, kami pun keluar semula untuk makan malam. Maklumlah, perut dah berhip hop dah sebab tak makan apa dari lunch. Lunch pun KFC je huhu ni la hasilnya bila tanya Alya nak makan apa, Memang dia sebut makanan dia jela.

Disebabkan saya tak familiar sangat dengan KT, jadi kami pun cari je gerai-gerai yang berdekatan dengan hotel. Ada gak yang kami tanya Mr Google tapi macam agak jauh dari hotel. So Sang Hubby dah letih drive, dia just nak pergi yang dekat-dekat je. Maka jumpa la kami di kedai ni (kedai yang saya tak ingat nak tengok nama apa ahahaha). Yang saya tau kedai ni berdekatan dengan stesen bas KT, berhadapan dengan Secret Recipe. Harap-harap membantu la kan hahaha

Sambil nak tunggu makanan yang di order, meja kami dah pun penuh dengan mainan yang Alya nak bawak turun gak. Haaiisshh, pening la jugak melayan diorang ni. Alya dengan dolls dia & Ammar tak habis-habis dengan Angry Bird dia ahaha

Abi yang rajin melayan keletah anak-anak
Alya asyik dengan dolls dia
Ammar kusyuk betul dengan Angry Bird dia tu. Tak lepas-lepas dari kedai

Angry Bird Ammar ni bertahan sehari je dengan
Ammar sebab dia main nonstop sepanjang perjalanan
Bateri pun kejap je dah abis ahaha

Berbaloi Abi beli, padahal murah je RM4 je sekor =)

Haaaa banyak tak dolls Alya? Ni pun tak abis lagi ni. Ada lagi yang
tinggal dalam kereta. Murah je dolls ni tapi kualiti dia bagus cam
beli kat Toys' r us. Sebab tu la Abi yang jadi geram & borong
banyak-banyak untuk Alya ahahaha

Berbalik pada kedai makan ni balik hehehe kedai ni ada jual western food gak tapi sebab lapar sangat, memang takde perasaan nak makan western food. Dok terbayang nasi je huhu akhirnya kami order ikan siakap kukus & sayur kailan ikan masin. Untuk Alya & Ammar, telur dadar & udang goreng kunyit.

Ikan Siakap Kukus : SUPER SEDAP!!!

Kailan Ikan Masin : Sedap jugak!!

Ni je yang sempat nak snap pun. Yang lain dah tak nampak rupa dah by the time saya dapat balik fon sebab Ammar skang kena demam Upin Ipin. Fon Ummi dah jadi fon dia sebab nak tengok Upin Ipin je 24/7 ahahaha

Dah siap makan, kami pun balik ke hotel dan terus tido. Semua kepenatan. Keesokan harinya baru kami ke rumah Mak Itang. Macam biasa, bila sampai je Mak Itang dah siap masakkan macam-macam untuk kami. Ada ikan singgang, gulai daging, gulai terung, macam-macam la. Memang pecah perut nak makan semua. "Maklumlah, setahun sekali anak sedara datang melawat Mak Itang, apa salahnya masak lebih sikit"...terharu plak bila dia cakap macam tu hehe

Lepas dah kenyang makan, kami pun beransur pulang la sebab nak balik ke Kelantan plak. Ingatkan dah abis makan setel...rupanya Mak Itang dah siap bekalkan untuk kami bawa balik ke Kelantan jugak. Buah tangan untuk keluarga mertua saya katanya, Ya Allah...murah rezeki Mak Itang sekeluarga =)

On the way nak ke Kelantan tu sempat kami singgah di Seberang Takir sebab nak beli keropok lekor. Adik-adik ipar saya memang suka giler dengan keropok lekor ni. Sebab tu kami singgah beli sikit untuk diorang kat sana. Lagipun kami pun memang suka dengan keropok lekor Tok Beng ni. Sedap sangat!!

Ni la gerai fevret kami sekeluarga

Memang ramai sangat orang sampai kena ambil nombor

Kalau nak bawak balik jauh boleh beli yang dia dah
vacuum packed ni. Dia lebih tahan

Kat sini memang terkenal keropok dia. Ada macam-macam jenis, yang panas-panas dia baru lepas rebus ada, yang dia dah siap vacuum packed pun ada atau yang dia terus goreng. Jadi korang boleh pilih mana yang korang suka. Nak lepak makan kat sini pun boleh. Kami beli yang dia baru siap rebus tu. Yela, bukannya jauh sangat KT ke KB kan. Semerbak bau keropok sepanjang perjalanan hihi

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776