Nuffnang Ads

Friday, October 17, 2014

Udang Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum...

Kisah udang ni rentetan daripada Gulai Siam Ayam & Rebung aritu. Ada yang tanya saya macam mana nak masak udang tu. Segan plak nak bercerita sebab senang yang amat ahaha semuanya berdasarkan bahan-bahan yang ada dalam fridge je =)

Ni la dia trio masakan yang dok bersilat kat dapur tuh =)

Untuk ibu-ibu yang sibuk dengan anak-anak, sila la cuba ye sebab sambil dukung Ammar pun boleh masak ni. Dengan syarat, bawang sme kena potong siap-siap la, nanti senang nak campak je dalam kuali ahahaha

Udang Masak Tiga Rasa

Bahan - bahannya:

1/2 kilo udang (kalau ada yang besar lagi best)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia (dihiris mancis)
2 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji tomato (dihiris baji)
4 helai daun limau purut (bersilat punya pasal sampai saya terlupa nak campak ke dalam kuali ahaha)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara - caranya:
  1. Bersihkan udang. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Jangan terlalu banyak garam sebab nanti kita akan masukkan sos tiram.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng udang. Goreng udang suku masak.
  3. Toskan udang yang telah digoreng.
  4. Dengan minyak berbaki, tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi.
  5. Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili betul-betul masak.
  6. Masukkan sos tiram, sos cili serta daun limau purut.
  7. Kacau rata dan biar mereneh seketika.
  8. Masukkan udang dan bawang besar.
  9. Gaul rata dan perasakan dengan garam serta gula
  10. Akhir sekali, masukkan tomato.
  11. Rasa masam, manis serta pedasnya.
  12. Kacau rata dan angkat.

Selamat mencuba! Super senang kan? =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776