Nuffnang Ads

Thursday, November 27, 2014

Anakku Alya Adriana

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak berkongsi kerisauan saya mengenai anak dara saya sorang ni, Alya Adriana. Sebelum ni saya ada nampak dia bila menulis, dia ada kecenderungan untuk tulis terbalik. Saya ingatkan sebab dia masih belajar untuk menulis. Tapi bila saya ada terbaca mengenai Dyslexia, saya jadi risau pulak.

Alya & Ammar
Alya anak Abi katanya tapi bila Abi
kerja, Alya anak Ummi =)

Saya pernah jugak suarakan pada Abi nya tapi Abi pun kata yang Alya masih lagi belajar menulis. Tapi beberapa hari lepas, bila Abi nampak sendiri cara Alya menulis, dia pun jadi risau. Apabila Abi nya menegur, baru la dia membetulkan kesilapan pada penulisannya itu.

So being a worried mommy, saya pun terus share dengan Mommy saya. Siap forwardkan dia gambar camne Alya tulis, pastu Mommy cakap...takpe, jangan risau. Nanti Mommy duduk dengan Alya Mommy ajak dia tulis. Tengok btol ke tak Alya ni de symptom Dyslexia. Yela, mak mana yang tak risaukan anaknya kan...

Haa tulisan ni lah yang menghantui
Ummi siang malam huhu

Tapi ni okay plak artwork yang dia
bawak balik dari sekolah. Memang Ummi
konfius dengan anak Ummi sorang ni hehe

Harap-harap semua ni just saya je yang being paranoid hehe Alya sihat alhamdulillah....tak ada yang abnormal. Alya seorang kanak-kanak yang periang. Manja, suka usik adik Ammarnya. Dia masih nakkan perhatian dari Ummi & Abi lebih dari adiknya.

My Princess; Alya Adriana Ismail

Sorry sayang, cuti sekolah kali ni Ummi tak dapat nak bawak Alya jalan-jalan sangat sebab Ummi dah mula kerja. Nanti Ummi cuba curi masa untuk Alya & Adik okay....kita pergi jalan-jalan or shopping...maafkan Ummi ye sayang ;-(

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776