Nuffnang Ads

Monday, November 3, 2014

Jalan Jalan Cari Makan: Penang

Hehe tak abis lagi ni kisah cuti-cuti Malaysia yang saya nak kongsi dengan korang semua hahaha bagi yang tak tau, saya ni memang macam ni. Sekali "cuti", memang agak panjang dan kami akan cuba untuk utilize kan sepenuhnya. Maklumla, Sang Hubby kan jauh di utara dan kami pula di Putrajaya. Jadi bila bercuti tu memang akan cuba untuk maksimumkan sehabis mungkin.

Bagi sambungan percutian kami, kami terus ke Pulau Pinang daripada Perlis. Kali ni kami tinggal di Hotel Royal Penang. Selalu kami akan tinggal di sekitar Batu Feringgi tapi kali ni tukar angin sikit. Kami baru tau bahawa Hotel Royal Penang ni bersebelahan dengan sebuah shopping mall iaitu Penang Plaza. Jadi sangat senang la kalau korang perlu beli apa-apa, contoh seperti ubat gigi ke? Shampu ke? Hahaha sebenarnya kami la tu. Boleh plak tak bawak ubat gigi hahaha padan la dengan muka kami kan =)

Mission ke Penang kali ni adalah untuk MAKAN dan jugak ke Batu Feringgi untuk cari DVD hahahaha boronng DVD di Batu Feringgi tu memang aktiviti wajib kami kalau ke Penang hehe sesampai je di Penang pada hari Sabtu, kami terus ke Queensbay Mall sebab nak shopping. Mama ada bagi voucher AEON untuk cucu-cucu dia, so kami ni just bawak jela budak-budak ni untuk pilih barang-barang mereka =)

Besar gakla Queensbay Mall ni. Tapi yang bestnya, parking dia banyak. Jadi korang tak payah nak risau. Cuma kena sabar dan pusing la stereng tu lebih sikit sebab nak kena tengok setiap floor. Tambah-tambah plak time peek hours kan...hahaha tu jela =)

Dah berjaya dapat parking kami terus tuju ke AEON sebab nak jalan-jalan ronda abis mall tu rasa cam malas la plak. Sebab Ammar ni tak nak didukung or jalan pegang tangan, Dia nak lari sendiri. Tu yang lemah Ummi & Abi tu huhu

Sementara Abi singah toilet untuk freshen up, sempat la jugak anak-anak Ummi ni berposing kat tengah-tengah mall tu hahaha okay la, janji korang happy =)

Ni dia cheeky boy Ummi

Ummi & anak serupa je perangai kan? Hahaha

Ni la cara terbaru diorang posing. Ummi pun tak tau
pesen apa ni, pesen dok cangkung kot hahaha

Okay...dah puas berposing so shopping time. Biasanya Alya turut je apa yang Abi dia pilihkan. Maklumla, dia kan anak Abi. So Abi je yang bley pilih. Yang mana Ummi pilih semua tak kena huhuhu tapi kali ni lain sikit, Abi pilih pun dia tak nak. Dia yang nak pilih sendiri. Katanya Tokmi soh dia pilih sendiri.

Jadi, Ummi & Abi ngekor jela ke mana je dia pegi. Dapatlah beberapa helai baju. Adik Ammar memang takde perasaan, dia sibuk dengan mainan dia je. Tapi Ummi ambil la t-shirt & kemeja untuk dia serba satu.

Image: Google

Tapi Dave's Deli yang kat Queensbay Mall tu memang macam
ni sebijik =)
Dah selesai shopping, Ummi macam biasalah cari kedai makan je hahaha kedai lain rasa cam malas nak cari. Lagipun bukannya duit banyak sangat pun asyik nak shopping je kan. Rasa cam lagi berbaloi kalau melabur untuk makan hahaha turun punya turun punya escalator, kitorang jumpa Dave's Deli. Bau dia semerbak haruuuummmm....Lama rasa tak makan kat Dave's Deli ni. Pastu tengok banyak roast chicken dia dok tersusun terus rasa lapar nak makan haha

Kebetulan masa kami kat sini diorang tengah tukar shift ke cane ntah. Jadi yang boleh order hanyalah quarter chicken dia tu je. Items lain semua tak boleh lagi sebab kitchen dia tutup. Saya pun cam tak berapa faham sangat tapi lantaklah...sebab memang kitorang nak makan roast chicken tu je pun. Soooo....Abi beratur untuk beli makanan, Ummi, Alya & Ammar masuk cari tempat duduk kat dalam.

Pinjam Image: Google jela sebab teruja sangat sampai
tak ingat dah nak amik-amik gambar semua hehe

Bila perut dah kenyang, baru la kami check in hotel. Alhamdulillah bilik hotel pun selesa. Yang penting ada bath tub, in case hujan kalau budak-budak ni tak sempat nak mandi kat pool hahaha haaa kalau korang nak tau, bath tub ni lagi satu kriteria yang perlu ada kalau nak booking bilik hotel selain daripada katil king. Hai la anak...maintenance tinggi betul sorang-sorang hehehe nasib Abi rajin melayan =)

Bila dah rehat, mandi, selesai solat Maghrib...perut cam kembali berkeroncong hahaha Abi kata perut Ummi ni cap gajah! huhu Nak wat camne, Ummi kena kongsi dengan Ammar haha sapa soh Ammar asyik tidoooo je. Tidooo tu adalah masa untuk breastfeeding bagi Ammar, tu yang Ummi pun kejap-kejap je lapar huhu nasib de ESP & slimming set Shaklee. Kalau tak, tak tau la Ummi ni jadi camne huhu

Jadi malam ni misi kami adalah mencari Line Clear Nasi Kandar. Ingatkan nak gi Nasi Kandar Beratur tu tapi Abi kata dia tak sanggup nak beratur haha lagipun Nasi Kandar Beratur ni bukak lambat. Kol 10 malam baru nak buka. Memang mengamuk la budak-budak ni kalau nak tunggu sampai kol 10 kan. Jadi Line Clear jela jawabnye. Nasi Kandar Line Clear ni terletak dekat dengan Hotel Cititel Penang, saya tak ingat nama apa jalan tu. Korang tanya Mr Google jela nanti ye hahaha

Haaa...ni Ummi punya
Telur sotong + sayur kobis...kuah campur

Ni pulak Abi punya
Ayam goreng + timun...kuah campur

Saya ni memang suka sangat makan telur sotong. Hari ni je saya dah makan 2 kali nasi kandar dengan telur sotong ahahaha mula-mula tu masa kat Gurun, kat Restoran Hussein Nasi Kandar. Telur sotong dia memang sedap. Kalau balik Gurun memang tu la yang saya tuju dulu hehe tapi telur sotong kat Hussein pun tak leh nak lawan yang kat Line Clear ni sebab kat sini lagi besar, Peerrgghhh memang puas hati la makan. Korang kena cuba. Memang tak menyesal! =)

Bila perut dah kenyang kami terus ke Batu Feringgi. Tapi malangnya, orang yang jual DVD tu tak bukak pulak gerai dia sebab ada polis buat rondaan huhu jadi balik dengan tangan kosong jela. Alya dengan Ammar je sempat lagi rembat baju tido sorang sehelai. Sorang baju Frozen & sorang lagi baju Spiderman.

Cuba tengok lagak Ammar tu. Bukan main lagi dia
bersantai dalam ring float dia tu hahaha haiishhh,
memang cheeky sungguh budak sorang ni =)

Walaupun hari dah panas, diorang slamber je dok main
Ummi & Abi yang kat tepi pool ni dah cam hangus dah
rasa sebab panas dia terik. Tak ada plak payung ke pape
untuk kami menumpang berteduh huhu

Esok pagi lepas breakfast terus budak-budak ni request nak mandi pool. Jadi bawak la diorang mandi pool kejap. Excited bukan main sampai makan pun tak nak sebab tak sabar nak terjun pool. Dah puas diorang main, kami pun naik ke atas dan bersiap-siap nak check out dah. Abi cakap nak bawak gi Gurney Plaza jap sebab nak cari DVD. Dia cakap kat Gurney Plaza ni pun ada kedai yang jual DVD cam kat Batu Feringgi tu. Alhamdulillah...kedai yang dicari tu ada. Selepas memborong DVD kami pun menghala pulang ke Gurun semula.

Sambil Abi pusing-pusing cari kedai, diorang ni
lepak sini dulu sambil main rumah ni. Mana sahaja,
ada je tempat diorang untuk main hahaha

On the way balik kami singgah di Sungai Dua sebab nak makan Mee Udang =) Mee udang Sungai Dua ni memang femes sangat sebab udang-udang dia fresh. Lagipun kita boleh pilih nak udang besar, kecik, banyak atau sikit. Nama kedai dia Restoran Aur Gading. Macam biasa, lokasi dia sila tanya Mr Google ye hehe

Ni la dia kedai mee udang yang terkenal tu

Dah nama pun kedai yang terkenal dengan mee udang, sah-sah la kami order mee udang. Abi pilih sendiri udang mana yang dia nak. Ummi tak kisah, ikut je mana yang orang nak belanja hahaha tapi lapar punya pasal, kami order jugak sotong kangkung. Nak try sedap ke tak sebab tak pernah try lagi.

Habissss...ni je yang sempat ambil hehehe

Bagi saya sotong kangkung dia biasa je. Saya tak suka sangat kuah dia sebab rasa cam kuah sengkuang calit. Manis sangat rasanya. Tapi lapar punya pasal, licin la jugak sepinggan hehehe hero yang ditunggu-tunggu pun tiba...memang makan tak tengok kiri kanan dah...sedappp!!! Rasa mee udang dia cam ala-ala mee bandung pun ada. Ntah la..saya ni pandai makan je. Masak tu buat-buat pandai boleh la hahaha tapi yang pasti, memang sedap!!

Haa ni dia. Abi pilih 3 ekor sorang
Tapi udang dia besar-besar and yang
penting...FRESH!!!

Alya & Ammar plak cam biasa la. Tak nak yang pedas tapi nak makan udang dengan mee jugak. End up kitorang order kan diorang mee udang sup. Sedap tau mee udang sup ni. Sup dia takde pun rasa hanyir udang ke pape. Memang sedap. Patut la habis budak-budak ni makan. Maybe sebab diorang pun lapar gak kan. Dah la main air before check out tadi.

Mee udang sup

Jadi, tu jela perjalanan JJCM kami yang singkat ke Penang. Harap-harap dapat lah bagi idea apa korang nak makan kalau kat Penang nanti =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776