Nuffnang Ads

Saturday, November 1, 2014

Jalan Jalan Cari Makan: Perlis

Assalamualaikum...

Tak habis lagi ni nak kongsi kisah road trip kami hari tu hehe dari KT kami ke KB. Seronok bukan main Alya & Ammar dapat balik kampung jumpa dengan Tok & Tok Ayah dia. Kebetulan adik-adik ipar saya pun masih ada yang bersekolah, jadi diorang ni memang rajin melayan Alya & Ammar sampai Ummi pun dah tak cari dah bila balik KB =)

Image: Google
Kami takde ke mana pun sangat bila balik KB. Cuma pergi ke rumah nenek Sang Hubby pastu Sang Hubby jadi ketagih gi Wakaf Che Yeh. 3 malam berturut-turut dia ke Wakaf Che Yeh. Saya ikut malam yang pertama tu je. Lepas dia tu, dia je dengan adik dia yang ke sana. Saya malas dah nak ikut sebab tak larat nak kepung Ammar huhu rasanya lagi sesuai jika saya tunggu kat rumah jela dengan budak-budak hahaha lagipun saya tak ada benda sangat nak beli. Kalau ada pun, trus jadi takde mood nak beli sebab letih melayan Ammar =)

Dari Kelantan kami pun bertolak ke Perlis. Plan asal nak balik Gurun sebab dah lama tak balik. Bagi yang konfius atau tertanya-tanya rumah sapa pulak kat Gurun ni? Hahaha Gurun ni rumah Sang Hubby. Kami kan PJJ huhu jadi bila ada kesempatan memang balik la jugak rumah di Gurun. Macam mana yang boleh melencong ke Perlis? Sebab nya mama tak sihat, baru je keluar hospital. Jadi kami balik nak tengok mama la. Macam mana mama boleh masuk hospital di Perlis? Panjang kisahnya hahaha mungkin lain kali la pulak saya cerita ye...

Image: Google
Bila balik Perlis, tak sah la kalau tak pergi makan kat tempat fevret kami kan...tapi sebab balik kali ni cam agak huru-hara maka kami takde ke mana sangat. Kami balik hari Rabu (Hari Deepavali) dari Kelantan. Sampai je kat Perlis terus ajak mama dengan tok keluar makan. Makan mana lagi kalau bukan di Kuala Perlis kan. Perlis ni kecik je jadi tempat makan pun takde la banyak sangat. Mona Ikan Bakar di food court yang berhadapan dengan Hotel Putra Brasmana ni memang fevret saya la. Kalau nak makan ikan bakar memang kami akan ke gerai ni je. Apa yang special kat gerai ni adalah dia punya sotong goreng tepung. Memang superb!! Lain dari yang lain. Dia bukan nye cucur sotong yang penuh dengan tepung tu tapi tepungnya rangup dan secukup rasa. Memang korang WAJIB try tau! Lepas sotong goreng tepung, 1 lagi item yang tak boleh tinggal adalah mentarang bakar. Ni pun WAJIB try. Memang sedap!! Pastu lauk-lauk lain terpulang kat korang la nak makan apa pun hehe

Korang tau tak binatang apa tu? Susah nak dapat tu..cer teka! Hehe

Image: Google

Haaa nanti korang cari jela signboard ni ye hehe susah nak explain kedai dia

Image: Google

Mona ni ada beberapa cawangan la jugak. Selain kat food court ni. Dia ada gak gerai di Koma Laut. Koma Laut ni pun sekangkang kera je dengan food court ni tapi bagi saya, saya lagi suka makan kat food court ni. Maybe feeling dia lain kot. Dapat rasa angin sepoi-sepoi so feeling tu lagi best la hehe

Ni la dia Koma Laut

Image: Google

Nampak tak mentarang yang sebelah kiri tu? Memang terbaik la!!

Image: Google

Ni la rupa bentuknya bila dah dibakar. Makan cicah air asam...sedaappp!!!

Image: Google

Tadaaa...sotong goreng tepung yang sangat sedap!! Memang tak pernah puas makan

Image: Google

Selain daripada 2 benda ni, korang boleh cuba ikan bakar dia. Sedap jugak. Tapi kami suka order ikan stim dia. Memang best sebab dia letak bawang putih jeruk. TERBAIKK!! Adoii...terliur la plak bila terpikirkan makanan sme ni huhu

Haaa ni dia ikan stim dia...menarik kan?? Makan memang tak tengok mana dah

Image: Google

Haa ni la kami order aritu. Ikan siakap stim, kerang bakar,
mentarang bakar, sotong goreng tepung & kangkung ikan masin

Serius betul muka dua beranak ni hahaha

Jadi kalau korang ke Perlis, boleh la ke Kuala Perlis untuk menikmati makanan laut yang best hehe ada banyak lagi kedai makan yang best tapi saya tak sempat nak pergi huhu takpe, saya listkan jugak ye...kot-kot la korang ke Perlis, boleh la singgah nanti kan.. =)
  • Nasi Ganja di Pasar Besar Perlis (sarapan sahaja)
    Saya selalu ke gerai paling hujung. Dari pintu masuk, korang tuju ke gerai paling hujung di sebelah kanan. Nama kedai saya tak ingat huhuhu
  • Anjung Keli (lunch sahaja)
    Saya suka ikan keli bakar, beraneka jenis kerabu, ulam-ulam, sambal belacan. Macam-macam la. Sila pergi awal dalam kol 11.30 atau kol 12. Kalau lambat memang banyak lauk yang habis.
  • Nasi Ganja depan Klinik Menon (dinner sahaja)
  • Kuey teow tomyam & sup perut di Padang Besar
  • Pulut ayam di Padang Besar
  • Laksa Kak Su di Kuala Perlis
  • Burger di Simpang Tiga (dinner sahaja...super sedapp!!)
Banyak la lagi tapi tak dapat nak recall dah sebab kepala ligat dok teringat semua makanan sedap kat atas ni huhu nanti kalau saya balik Perlis lagi saya update lagi ye hahaha

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776