Nuffnang Ads

Saturday, November 29, 2014

Kisah Papan Tanda

Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas saya telefon dengan brader yang saya buat papan tanda kedai. Tujuannya nak tanya dah siap ke belum papan tanda saya tu sebab dia janji hari Sabtu siap. Tapi sunyi sepi je sampai hari Isnin.

Ni la brader yang misteri tu hehe

Bila dah telefon dia, dia cakap dah siap tapi tak boleh datang pasang lagi. Dia cakap esok dia call balik untuk confirm. Tunggu la hari Selasa tapi tak ada plak call dari dia. Alih-alih Rabu pagi saya nampak macam papan tanda saya kat tepi kedai, pastu ada sorang brader dok tunggu kat papan tanda tu.

Nak tanya lebih-lebih pun takut gak haha saya pun naik jela kat atas dan buat jela kerja macam biasakan. Tetiba, terkejut kami kat dalam kedai sebab terasa dinding di gerudi hahaha rupa-rupanya kawan brader tadi tu dah sampai dan diorang sama-sama tengah sibuk bukak banner yang saya pasang aritu dan nak ganti dengan papan tanda baru hehe

Siap pakai crane tu nak buka banner hehe

Nampak sangat yang pasang dulu tu
amatur je kan. Kendur je pun bannernya haha

Pandai-pandai la bukak ye =)

Dah halfway through dah tu

Sambung lagi ye

Finally, paku yang terakhir

Keluarkan skru kat bahagian tengah, nanti sangkut plak

Yeayy!! Berjaya keluarkan dah banner lama tu

Alhamdulillah...

Kot ye pun, bagi la salam dulu kan...ni tetiba terus je gerudi dinding hahaha tak pe la, janji semua dah siap. Alhamdulillah...dah tak gelap dah bawah kedai ni, terutamanya bila hari gelap. Jadi pelanggan pun takde lah rasa takut sangat sebab gelap kan.

Ni bunting tambahan yang kami letak kat
pintu. Mana la tau ada yang masih konfius
dengan bisnes apa yang kami buat =)

Kalau korang nak cari kedai pun, insyaAllah tak susah dah lepas ni sebab kedai dah ada name tag hehe sebelum naik pun dah boleh pikir-pikir dah apa yang nak buat nanti hehe tapi untuk details yang lebih lanjut, jemputla masuk dulu. Boleh tengok menu yang kami sediakan.

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776