Nuffnang Ads

Friday, November 28, 2014

Putihkan Kulit Wajah Dengan Cara Paling Selamat

Ramai wanita yang teruja memutihkan kulit tanpa menghiraukan kesan sampingan yang bakal berlaku. Sebenarnya anda boleh menggunakan produk pencerahan kulit tetapi teliti dahulu isi kandungannya agar tiada bahan yang terlarang yang digunakan.

Kulit gelap dan kusam biasanya disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang seimbang, terdedah kepada pancaran matahari atau kerana kurangnya hidrasi serta kelembapan kulit. Punca kulit yang kusam adalah kerana sel kulit yang mati terkumpul di permukaan kulit. Pengumpulan sel kulit yang mati ini telah menghalang sel kulit yang baru untuk tumbuh.

Jadi, untuk memastikan badan anda mempunyai nutrisi yang seimbang, anda boleh lah mengamalkan pengambilan supplemen daripada Shaklee yang semestinya semulajadi dan terbaik. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut di Set Kecantikan Shaklee. Selain daripada supplemen, Shaklee juga ada menawarkan set penjagaan kulit yang semestinya juga daripada bahan-bahan semulajadi dan setaraf dengan jenama antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh sambung membaca di sini ye =)

5 Faktor Kulit Kusam & Gelap

  1. KETURUNAN ATAU GENETIK

    Mempunyai kulit yang gelap secara keturunan adalah anugerah. Namun masih terdapat cara untuk mencerahkan kulit wajah secara semula jadi
  2. TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARI

    Warna kulit bergantung kepada satu pigmen yang disebut melanin. Melanin dihasilkan oleh sel melanocyte yang terletak di bawah kulit. Melanin berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada sinar matahari yang berbahaya.

    Perubahan kimia pada kulit akan terjadi apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Melanin juga meneutralkan radikal bebas yang terhasil daripada sinar matahari terhadap kulit. Semakin banyak melanin pada kulit wajah, lebih banyak perlindungan yang boleh diberikan kepada kulit.

    Melanin yang terdapat di bawah kulit sebenarnya menentukan kulit wajah seseorang. Cerah atau gelap kulit wajah bergantung kepada kuantiti melanin tersebut. Wanita yang terdedah kepada cahaya matahari cenderung untuk memiliki kulit yang gelap kerana melanin di bawah kulit menjadi aktif.
  3. KULIT YANG SENSITIF

    Kulit yang sensitif memerlukan penjagaan yang rapi. Tidak boleh menggunakan sebarang produk yang tidak sesuai dengan kulit. Jika tersalah produk, kulit akan menjadi kemerah-merahan atau radang kulit. Mungkin juga kulit alah kepada habuk. Biasanya kulit sensitif peka kepada perubahan suhu dan bahan kimia tertentu yang boleh mengganggu kesihatan kulit.
  4. HIDRASI KULIT

    Kesan hidrasi kepada kulit adalah kekurangan air dalam badan dan mengakibatkan kulit kering dan kusam. Ini secara tidak langsung memberi kesan kulit yang lebih gelap dan tidak bermaya.
  5. STRES

    Ketika stres, kulit akan terpancar lebih gelap dan kusam. Ini kerana fikiran yang terbeban dengan masalah akan mencetus stres. Ketika itu tubuh akan melepaskan melanocyte-stimulating hormone atau MSH. Hormon ini menghasilkan pigmen warna pada kulit sehingga pada waktu tertentu hormon ini melepaskan butir melanin ke seluruh lapisan kulit sehingga kulit menjadi hitam. Stres akan mengakibatkan hormon ini memberi isyarat kepada otak dan ia diaktifkan sehingga kulit menjadi lebih gelap.

Sumber: Majalah Rapi (Bil. 246, 15 Okt 2014)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776