Nuffnang Ads

Thursday, November 20, 2014

Soft Launch of NS Parlour

Assalamualaikum....

Seperti yang korang tau, soft launch ni dah berlangsung ari Sabtu lepas kan, tapi baru hari ni saya berkesempatan nak berkongsi dengan korang semua antara aktiviti yang kita buat pada hari tersebut =)

Kan saya dah cakap yang kami buat secara kecil-kecilan sahaja. Jadi menu kami pun simple jela. Kami ada bihun goreng, cheese sandwich dan juga egg tart. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan walaupun simple-simple je kan.

Ni memang egg tart yg paling sedap!
Tebal pastu tak manis sangat, sangat fluffy...
Adoii dok menaip ni pun rasa terliur dah

Majlis dimeriahkan dengan kedatangan adik beradik saya, aunty-aunty saya, parents saya dan juga rakan-rakan karib saya =)

Semua berpeluang untuk mencuba servis yang ditawarkan. Ada yang buat pedicure, body massage, foot reflexology & juga kids spa. Yang penting semua pun gembira dan suasana sangat happening uolssss hahahaha....

Ni la dia kawan / pelanggan saya yang pertama =)
Memang right on time so dia dapat privileged untuk pilih
apa treatment yang dia nak buat hehe

Si cilik ni bukan main seronok lagi bila
kaki dia diurut hehe macam-macam
celoteh dia...cute sangat!!

Haaa cantik tak rambut saya??
Rambut dah jadi lembut sangat...macam
Princess katanya hahaha

Alya apa lagi...dia pun sibuk nak menumpang sekaki
Dia kan suka orang main-main rambut dia hehe

Sempat gak tu nak pose sambil cuci rambut hehe

Sambil anak-anak sibuk dok memanjakan diri,
mak-mak apa lagi....posing jela keja nye =)

Bila anak-anak happy, mak-mak lagi la happy =)

Dalam banyak-banyak aktiviti, aktiviti ni lah yang budak-budak ni suka sangat. Masing-masing nak pilih color sendiri. Pastu siap ada yang request nak buat flower la macam-macam hahaha memang semua orang enjoy sangat. Bila nak balik, semua tak boleh nak bawak barang dah sebab takut nanti design kuku rosak hahaha kelakar betul dengan gelagat budak-budak ni hehehe

Tadaaaa...ni la hasilnya =)

Alamak, terlindung la plak bunga tu!
Hahaha...

Look at those cute little fingers...all clean and colorful dah hehe

Cute kan toes dia?? Purple memang fevret color dia =)

Bagi ibu-ibu yang tak tau nak buat apa cuti sekolah ni. Bawaklah anak-anak ke mari, biar mereka rasakan suasana spa gak. Bagi mereka peluang untuk memanjakan diri. Jadi, ibu-ibu pun boleh memanjakan diri tanpa perlu risau keadaan anak kerana anak anda berada ditempat yang sama dengan anda.

So fair and square kan?? =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776