Nuffnang Ads

Thursday, March 19, 2015

Haluyaa....Welkam back, AGAIN!!! Hahahaha

Assalamualaikum....

Hahaha teruk btol la perangai kan?? Haritu bukan main la berjanji tak nak dah biarkan blog ni bersawang tapi end up, makin teruk la plak sawang nye hahaha saborrrr jela....

Mesti ada yang tertanya, apa la yang saya dok buat lately ni kan sampai tak update pun blog. Apa lagi...sibuk dok uruskan spa saya tu la. Maklumla, spa baru nak bertatih kan...banyak yang nak kena buat. Rangka strategy pemasaran, uruskan pekerja, pastu urusan seharian...macam-macam la kan..

Tapi syukur Alhamdulillah, setakat ni perjalanan spa berjalan dengan lancar. Kami pun ada membuat pelbagai promosi setiap bulan untuk menarik minat pelanggan untuk datang ke spa kami...

Jom saya kongsi apa aktiviti yang kami buat sepanjang bulan Februari lepas =)


Bersempena dengan Tahun Baru Cina, kami ada melancarkan promosi Hair Treatment + Body Massage + Body Scrub dan juga Hair Spa. Ni la promosi pertama kami selepas promosi sempena pembukaan spa dulu. Alhamdulillah syukur sebab sambutan sangat memberangsangkan =)


Kira bulan Februari lepas adalah bulan "rambut" bagi kami di NS Parlour hehe bukan pelanggan je yang puas hati, kami pun turut sama rasa gembira bila nampak rambut pelanggan yang lembut, berkilat dan wongiiiiii....selepas selesai Hair Spa atau Hair Treatment hehe

Mana tak nya, rambut kan mahkota wanita =) jangan jadikan alasan memakai tudung sebagai sebab untuk kita abaikan penjagaan rambut. Rambut pun perlu dibelai, diberikan nutrient yang secukupnya untuk ia kelihatan cantik dan berseri. Bukan untuk orang lain pun....untuk diri kita dan juga suami kita juga kan =)

Tengok tu...FULL HOUSE =)
Sampai tak cukup kerusi la hehehe

Jadi, bagi sesiapa yang belum mencuba, boleh lah singgah ke NS Parlour =) Memang berbaloi tau. Dah buat sekali, mesti ketagih nak buat lagi tetiap bulan...tak tipu sebab saya pun sibuk gak nak selitkan appointment untuk diri sendiri gak untuk hair treatment hehehe ** jangan marah ;p **

Moh kita tengok apa kata pelanggan-pelanggan NS Parlour aritu =)

"Cozy place to rest"

"I love it. Thank you Kak Noni. I love your work :)
May your saloon be one of the greatest saloon, lol ;p"

"Good service. Nice treatment. Friendly staff"

"Friendly staff. Tempat yang selesa. Servis yang mantap"

"Good service & friendly staff. I just can't fet enough! ;p"

"Friendly staff. Will make appointment soon ;)"

"Servis yang TERBAIK sekali untuk body spa dan facial"

"Urut yang sedap dan urutan rambut yang sedap"
Alhamdulillah, kami bersyukur kerana anda semua berpuas hati dengan apa yang kami berikan. InsyaAllah dengan kata-kata semangat dari anda akan menjadi perangsang bagi kami untuk memberikan yang lebih baik =)

xoxo,

Najah ;)
019.676.8776