Nuffnang Ads

Tuesday, March 24, 2015

Jalan Jalan Cuti Sekolah

Assalamualaikum....

Cuti kali ni kitorang takde gi mana sangat. Since dah lama tak balik Gurun so kitorang decide nak ikut Abi balik lepas dia habis kerja kat sini aritu.Abi pun happy la sebab masa datang single, balik full house hahaha hari Khamis (Alya ponteng Jumaat hehe) lepas Abi abis kerja kitorang pun balik ke Gurun.

Kali ni kitorang wat rombongan Cik Mael naik flight. Cepat sket sampaikan. Kebetulan dapat tiket murah. Kitorang naik Malindo Air dari KLIA2 ke Penang International Airport =) Murah tu berapa? Tiket untuk 3 orang (Ummi, Alya & Ammar) baru RM120, all inclusive dah....haaa murahkan? harga cam naik bas je =) cepat pun cepat...jimat masa, tenaga & duit hehehe

Abi & the clan hehehe

Flight ni best gak tau sebab seat dia pun lapang, selesa, ada monitor. Jadi budak-budak pun ada la benda yang nak lekakan diorang sekejap. Cuma perlu bawak earphone je untuk kita layan movie nanti hehe Ammar jela yang tak berapa nak boleh appreciate sangat sebab dia kecik lagi, Bila duduk tak nampak apa gambar kat screen tu so dia sibuk nak berdiri huhu Ummi & Abi plak yang dok sakit jantung takut dia tersembam ke pape...biasala Ammar kan hehehe

Flight kami hari tu delay dekat sejam la jugak sebab ada masalah technical. Tayar pancit ke apa ntah dia cakap. Nasiblah kat KLIA2 ada free WIFI, terpaksa lah hulur telefon sorang satu nak sebab dah letih nak berkejaran dengan diorang huhu Alhamdulillah kami survive hahaha

Bila dah sampai Penang, perut masing-masing pun dah lapar. Maklumla, masa dah lari kan. Dok pikir nak makan apa? Makan kat mana? Yela, bila badan dah penat, rasa malas nak merayap cari makan. Kalau boleh nak yang senang je. Sambil drive balik..dah nak dekat dengan area Permatang Pauh teringat kat kedai DE PAUH GARDEN. Terus ajak Abi makan kat sini.

Apa yang best kat sini? Dia ada banyak pilihan. Dari makanan yang goreng-goreng, western food, burger bakar, kambing golek, satay, nasi ayam...macam-macam la. Memang dapat nak cater perut yang macam-macam.

Jadi kami pun mulalah untuk order hehehe macam biasa, Abi dengan tomyamnya....Alya nak nasi ayamnya...Ummi plak cam teringan sataynya...Ammar je tak order sebab dia tidur. Ammar tak kisah, dia bley je kongsi nasi ayam dengan Alya nanti. Satay pun dia suka so takde masalah. Tunggu tak lama makanan pun mulai sampai hahahaha....

Tudia...tomyam, telur bungkus & kailan ikan masin hahaha

Nasi ayam Alya nampak sipi-sipi je, Ummi dah kebulur, nak
ambil gambar pun malas je dah rasa hahaha

Hahahaha penuh semeja makanan yang dipesan. Tu la lenkali tak boleh pergi makan masa lapar sangat. Macam ni lah jadinya hahahaha

Nyuummm...sedap tau satay perut ni.
Haaa...biasa satay perut guna perut yang carpet tu kan?
Ni dia guna perut yang panjang tu. Lembut je...
Memang best la! =)

Ni la lai chi kang Ummi hehehe tapi kena minta
air kosong 1 sebab agak manis sikit untuk tekak Ummi

Bila perut dah kenyang, mata pun dah tak larat nak bukak...macam mana pun kena gerak balik rumah jugak huhu tapi memang puas hati la kan...sampai je rumah, mandi solat semua terus kedebuuummmm...mengeroh la masing-masing hahahaha

Abi gi kerja, kami lepak kat rumah je hehe

Hari Sabtu kami decide nak balik rumah Tok kat Perlis. Walaupun tau yang Tok ada kat Putrajaya. Saje je sebab nak makan mentarang gak. Dah lama tak balik jenguk kampung. Sebelum balik kitorang singgah makan dulu hehe tak habis-habis dengan makan kan? =) Kat Gurun ni ada la beberapa hot spot yang saya memang tak boleh miss untuk singgah setiap kali balik ke sini =) Ni salah satu la hehe...

Nyuummm gearbox yang paling murah kat Malaysia =)
Kalau tak silap dalam RM9 kot Abi bagitau aritu huhu

Bila perut dah kenyang, baru la boleh balik Perlis dengan senang hati hehehe tapi kitorang singgah pejabat pos jap. Abi renew lesen memandu. Macam biasalah, saya mestilah tertidur dalam kereta haha maklumlah perut dah sendat kan?? hehehe sedar-sedar je Abi berhenti. Ingatkan dah sampai rupanya dia berhenti kat RTC Kedah. Ingat dia nak renew roadtax dia, rupanya nak gi tengok orang dok jual barang-barang murah hahaha sabor jela...

Sambil Abi dengan Alya pergi renew lesen,
Ummi dengan Ammar main-main selfie dalam kereta =)

Sesampai je rumah Tok tengok Pak Ngah ada. Apa lagi, terus ajak Pak Ngah pergi Kuala Perlis untuk dinner hahaha semangat tak?? Bukan nak tanya khabar ke pape dulu kan? hahaha teruk betul perangai huhu

On the way ke Kuala Perlis

Huhu maaflah yer...kalau kat sini memang tak sempat
nak ambil gambar dulu sebelum makan hehe
Jadi selepas makan la kita ambil =)

Tu saya dah tolong label dah apa yang kitorang order
& melantak malam tu. Malangnya sotong goreng tepung dah
licin dah sampai pinggan pun dah letak tepi hehe jadi ganti dengan
simbol pun boleh lah ek?? Hehehe

Lepas dah kenyang makan, kitorang jalan-jalan kat dia nyer night bazaar seberang jalan. Takde nak beli pape pun, saje je cuci mata. Maklumlah perut dah kenyang jadi xde nafsu la dah membeli hehe tetiba nampak orang dok naik kereta kuda. Abi pun tanyalah rate berapa...rupanya murah je. Dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Jadi, naiklah kami seisi keluarga hihi

Muka sapa yang terlebih excited?
Anak-anak ke mak ayah? Hahahaha

Ala...dia punya pusingan tu takdelah jauh mana pun. Okaylah dengan RM5 tu. Lagipun kalau jauh-jauh sangat, kesian pulak kat kuda-kuda ni. Tengok tu? Nampak tulang je dah kuda-kuda pun huhuh

Nak gambar kenangan dengan horse katanya...tapi
muka horse tak nampak la pulak hahaha

Keesokannya kami semua brunch di Anjung Keli, ni pun salah satu port wajib la jugak setiap kali balik ke Perlis =) Kalau nak tau lebih lanjut mengenai tempat-tempat makan menarik di Perlis, boleh rujuk pada entry saya yang terdahulu, Jalan Jalan Cari Makan: Perlis

Haa...tu la dia perjalanan kami yang singkat. Tak puas rasanya sebab banyak lagi tempat yang tak sempat nak pergi. Takpelah, ada rezeki kita balik lagi nanti =)

xoxo,

Najah =)
017.305.6158




1 comment:

  1. Kat JB pun banyak makan best2. Ada damai seafood, satay wak radol, asam pedas. Senang kata kena rasa sendiri lah. Sambil2 tu jom singgah Little Luqman Homestay Skudai.

    0177088553

    ReplyDelete