Nuffnang Ads

Monday, March 23, 2015

NS Parlour :: Spa Packages

Assalamualaikum...

Salam Hari Isnin =)
Saya harap korang semua pun ceria di pagi Isnin ni hehe maklum la, Monday blues la katakan hehe
Macam mana perasaan korang di pagi hari ni la yang akan mempengaruhi hari korang hari ni. Jadi, ceria-ceria la selalu dan senyum la selalu agar aura positif akan sentiasa berada disekeliling korang =)
Ecehh!! Dah macam pakar motivasi plak kan hahaha tapi yang tak bertauliah la kihkihkih....

Okay...okay...back to bisnes hehe =)
Hari ni saya nak kongsi antara package yang kami tawarkan....mana lah tau kan kalau korang rasa nak lepak lama sket kat spa, jadi boleh la rujuk kat pakej-pakej yang ada kami tawarkan ni =)


Seperti yang korang sedia maklum, kami menyediakan servis dari hujung rambut, sampai ke hujung kakai. Kira one stop center la...tak payah korang nak pergi 2-3 tempat untuk nak memanja dan mencantikkan diri korang =)

Cantik ni sebenarnya subjektif tau...janganlah tanam kat kepala yang cantik tu adalah seperti Fazura, Maya Karin atau retis-retis yang lain tu....hehehe cantik tu adalah apabila kita hargai diri kita...kita jaga diri kita...kita berpuas hati dengan keadaan diri kita...

InsyaAllah kita punya confidence level kita akan meningkat dan kita akan berasa lebih yakin dengan diri kita dan kita lah orang yang paling cantik =) Jadi, jangan lah nak bandingkan diri kita dengan orang lain sebab masing-masing cantik dengan cara kita sendiri =)

Ini adalah Special Package yang ditawarkan
Ada yang ekonomi dan ada juga yang complete
Jadi, boleh la pilih mengikut hati masing-masing =)

Ini pula pakej untuk bakal pengantin.
Penting tau untuk bakal pengantin untuk menenangkan diri, relax, buang
kulit-kulit mati, barulah nanti seri pengantin tu akan menyerlah sebab kita
dalam keadaan yang tenang, gembira & bersedia =)

Bagi mereka yang nak focus pada bahagian-bahagian tertentu, bolehla
mengambil pakej ini sebab harganya tentulah lebih berbaloi-baloi =)

Bagi ibu-ibu atau bapa-bapa yang pening kepala pikir nak adakan party untuk anak-anak. Bolehlah buat something different dengan mengadakan spa party =) konfem "princess-princess" yang datang semua happy dan berpuas hati =) Rumah pun tak bersepah, jadi mak-mak tak pening kepala hehe


Ala..kakak-kakak jangan lah sedih sebab spa party ni bukan untuk kanak-kanak je, untuk kakak-kakak pun ada jugak =) tak semestinya nak tunggu birthday je baru bley buat party tau. Kalau saja-saja nak lepak sambil bergosip dengan kengkawan pun boleh...takde masalah =)


InsyaAllah...kami akan cuba untuk memberi servis yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kesayangan kami =)

xoxo,

Najah =)
017.305.6158